Pelajar perempuan maut dilanggar pacuan empat roda selepas turun bas

28 Nov 2023 • 10:48 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

MERSING, 28 NOV: Pelajar perempuan Tingkatan Tiga maut selepas dilanggar pacuan empat roda ketika melintas di Jalan Penyabong, Endau, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Mersing Supt Abdul Razak Abdullah Sani berkata dalam kejadian 3.45 petang itu, mangsa Syuhada Zafirah Samin, 15, dipercayai baru pulang dari sekolah dengan menaiki bas.

“Hasil siasatan mendapati pemandu lelaki Toyota Hilux itu dalam perjalanan dari arah Penyabong ke Endau di sini dan cuaca ketika itu hujan gerimis

“Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai melintas jalan secara tiba-tiba, menyebabkan pemandu Toyota Hilux itu tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya mangsa dibawa ke Hospital Mersing untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia akibat cedera parah pada bahagian kepala dan badan, 10.24 malam tadi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved