Aksi terakhir Selangor FC di laman sendiri, penyokong diajak beri sokongan

27 Sep 2022 • 11:21 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 27 SEPT: Penyokong Gergasi Merah diajak hadir memberi sokongan perlawanan terakhir Liga Super di laman sendiri pada Sabtu ini.

Selangor FC memaklumkan tiket perlawanan menentang Melaka United di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya juga boleh dibeli secara dalam talian mulai hari ini.

“Perlawanan “Home” terakhir Liga Super 2022 Selangor FC musim ini! Ayuh Red Giants hadir ke Stadium MBPJ dan berikan sokongan anda dengan dapatkan tiket perlawanan melalui pautan https://bit.ly/TicketsSFCMEL ,” katanya di Facebook.

Tiket perlawanan dijual dengan harga RM5 bagi kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun, tiket tempat duduk terbuka RM20 dan RM25 bagi tempat duduk utama manakala golongan kelainan upaya diberi tiket diberikan percuma.

Perlawanan terakhir di laman sendiri itu juga adalah perlawanan pertama buat ketua jurulatih Tan Cheng Hoe yang baru dilantik pada Sabtu lepas.

 

image is not available