Aktivis Alam Sekitar Sweden, Greta Thunberg Umum Sokong Palestin Secara Terbuka

Entertainment
21 Oct 2023 • 1:54 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umum mengetahui tentang konflik melibatkan Pejuang Palestin dan Israel di Timur Tengah yang telah berlangsung lebih 70 tahun.

Sehingga kini, ribuan nyawa telah terkorban dek kerana perang yang masih belum berkesudahan itu. Tampil memberikan solidariti kepada rakyat Palestin, seorang aktivis muda dari Sweden, Greta Thunberg mengumumkan sokongan kepada Palestin secara terbuka di media sosialnya @gretathunberg.

image is not available

Dalam hantaran di Instagram itu, Thunberg secara terbuka memberi sokongan kepada Palestin dengan berkata;

Hari ini kita melancarkan solidariti dengan Palestin dan Gaza. Dunia perlu bersuara dan menyeru agar gencatan senjata segera, keadilan dan kebebasan untuk rakyat Palestin dan semua orang awam yang terjejas.”

Mengambil kesempatan dengan jumlah pengikut 14.7 juta itu, Thunberg juga menyenaraikan beberapa akaun untuk diikuti untuk memberikan solidariti kepada penduduk Palestin.

image is not available

Terdahulu, Thunberg telah memuat naik satu hantaran di akaun yang sama namun telah dipadam kerana telah menimbulkan salah faham berkaitan antisemetisme terhadap konflik yang berlaku di Timur Tengah itu.

 

image is not available

 

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.