Isu kematian seekor anjing ketika operasi tangkapan pihak berkuasa tempatan (PBT) terus mencetuskan perdebatan dalam kalangan warganet apabila ramai didakwa menyalahkan anggota penguat kuasa tanpa meneliti keseluruhan rakaman kejadian.
Menerusi satu hantaran, aktivis belia Muhammad Nur Izhan mendakwa semakan semula video menunjukkan proses tangkapan dipercayai dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Menurutnya, berlaku tindakan menarik anjing tersebut ketika operasi sedang dijalankan sehingga didakwa menyebabkan jerutan pada leher haiwan berkenaan. Bagaimanapun, dakwaan itu masih tertakluk kepada hasil siasatan pihak berkuasa.
Dalam masa sama, beliau turut mempersoalkan tindakan segelintir pihak yang menyebarkan wajah anggota PBT di media sosial sehingga mengundang kecaman orang ramai.
“Ramai terus menyalahkan anggota PBT tanpa melihat keseluruhan rakaman kejadian. Selepas video diteliti semula, proses tangkapan dipercayai dilakukan mengikut SOP, manakala berlaku tindakan menarik anjing ketika operasi yang didakwa menyebabkan jerutan pada leher haiwan tersebut.
“Lebih membimbangkan, wajah anggota PBT pula disebarkan di media sosial.”
Beliau mengingatkan tindakan mendedahkan identiti seseorang, menghasut kebencian atau mengganggu penjawat awam boleh membawa implikasi undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Kanun Keseksaan, bergantung kepada fakta dan hasil siasatan.

Pada masa sama, pemilik haiwan turut bertanggungjawab memastikan haiwan peliharaan tidak dibiarkan berkeliaran sehingga mengganggu atau membahayakan keselamatan orang awam.
Sekiranya berlaku kecuaian atau tindakan menghalang penjawat awam menjalankan tugas, pihak terlibat juga berdepan kemungkinan dikenakan tindakan undang-undang.
“Sebelum menuduh, semak fakta. Sebelum berkongsi, fikir akibatnya. Undang-undang melindungi semua pihak, bukan hanya mereka yang paling lantang di media sosial.”
Setakat ini, siasatan berhubung kejadian tersebut masih diserahkan kepada pihak berkuasa bagi menentukan punca sebenar serta tindakan lanjut terhadap pihak yang terlibat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Kontroversi Kematian Anjing Liar 'Rocky', Majlis Bandaraya Diraja Klang Beri Penjelasan - "Ia Mengikut Undang-Undang"
The post Aktivis Belia Dakwa Anggota PBT Ikut SOP, Gesa Orang Ramai Semak Fakta Sebelum Menuduh – “Jangan Hanya Lantang Di Media Sosial” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

