Pelakon dan pengarah, Jinggo tampil menegur hantaran pelakon Kilafairy yang didakwa mendoakan perkara buruk terhadap seorang anggota penguat kuasa susulan kontroversi kematian seekor anjing bernama Rocky ketika operasi tangkapan anjing liar baru-baru ini.
Menerusi satu hantaran di Threads, Jinggo mengakui bersimpati dengan nasib haiwan berkenaan, namun berpandangan doa yang ditulis Kilafairy disifatkan keterlaluan.

“Bersimpati pada binatang itu baik kome, tapi doa mike ngan kata-kata mike sumpah sangat tak baik yeong @kilafairyofficial, ini nasihat ohrang tua…. jangan ambek ati eya..”
Sebelum itu, Kilafairy memuat naik hantaran yang meluahkan kesedihan terhadap kematian Rocky, selain menulis kata-kata keras dan doa agar individu yang didakwa bertanggungjawab menerima balasan.

Hantaran tersebut bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang berpendapat doa sedemikian tidak wajar dilontarkan, lebih-lebih lagi sebelum siasatan berhubung insiden itu selesai.
Antara komen yang ditinggalkan ialah:
“Aku ni bukan arif sangat dengan hukum hakam, tapi ayat tu macam mempersenda agama je. Macam memperlekehkan orang yang nak dekatkan diri dengan Allah.”
Seorang lagi pengguna media sosial mengingatkan supaya lebih berhati-hati apabila menyentuh soal agama.
“Bila kaitkan dengan agama, kena berhati-hati berkata-kata atau menulis. Tak semua kita boleh cakap ikut main suka. Ada bab kena ada batasannya.”
Malah, terdapat juga netizen yang mengingatkan bahawa doa buruk terhadap orang lain dikhuatiri boleh kembali kepada diri sendiri.
Terdahulu, Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) memaklumkan kejadian tersebut berlaku ketika operasi menangkap anjing liar, manakala siasatan berhubung insiden itu masih dijalankan oleh pihak berkuasa.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Aktivis Belia Dakwa Anggota PBT Ikut SOP, Gesa Orang Ramai Semak Fakta Sebelum Menuduh - "Jangan Hanya Lantang Di Media Sosial"
The post “Semoga Kau Mereput Dalam Neraka” – Jinggo Tegur Kilafairy, Doa Buruk Terhadap Anggota PBT Undang Kritikan Warganet first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






![Affiliate Tergamak Promosi Racun Anjing Liar Di Media Sosial, Ramai Minta Pihak Berkuasa Ambil Tindakan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/jual-racun-4.jpg?t=1785465141)