Aktivis direman dua hari bantu siasatan kes pencerobohan tanah di Bukit Lagi

LocalPolitics
6 Sep 2026 • 7:23 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Aktivis direman dua hari bantu siasatan kes pencerobohan tanah di Bukit Lagi

Seorang aktivis berusia 55 tahun direman dua hari di Mahkamah Majistret Kangar bagi membantu siasatan kes pencerobohan tanah di Bukit Lagi.

KANGAR: Seorang aktivis direman dua hari bagi membantu siasatan kes pencerobohan tanah di Bukit Lagi di sini.

Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata perintah reman terhadap lelaki berusia 55 tahun itu dikeluarkan Majistret Ana Rozana Mohd Nor di di Mahkamah Majistret Kangar.

“Permohonan reman terhadap lelaki ini bagi (siasatan mengikut) Seksyen 447 Kanun Keseksaan dibenarkan selama dua hari bermula hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 4 Sept, media melaporkan aktivis yang bekerja sebagai jururunding itu direman dua hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan berhubung hantaran berunsur hasutan di media sosial berkaitan isu perobohan sebuah kuil di sini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Bagaimanapun, aktivis itu ditahan semula apabila tempoh reman itu berakhir semalam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved