Kebakaran kebun, lalang lebih 20 hektar di Pengerang

LocalEnvironment
6 Sep 2026 • 10:11 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kebakaran kebun, lalang lebih 20 hektar di Pengerang

KOTA TINGGI – Dua kejadian kebakaran melibatkan kebun tanah gambut dan lalang melibatkan lebih 20 hektar tanah berlaku di Pengerang petang tadi.

Dalam kejadian di Kampung Sungai Buntu, Pengerang lebih 10 hektar tanah gambut sebuah kebun telah terbakar.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Rengit, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Shahrizal Aspar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada pukul 1.13 petang sebelum tiba di lokasi 10 minit kemudian.

Beliau berkata, sehingga kini, kira-kira 60 peratus atau 6.0705 hektar kawasan sudah berjaya dipadamkan, manakala baki kebakaran adalah kira-kira 4.0470 hektar.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian mendapati benar berlaku kebakaran kebun bertanah gambut berkeluasan kira-kira 10.1175 hektar.

“PKO bertindak menjalankan kerja-kerja pemadaman menggunakan satu aliran sepanjang 335.28 meter dengan dua unit ‘breeching’ dan tiga pancutan serta sumber air daripada tangki air Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sungai Rengit,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Sementara itu, kebakaran lalang membabitkan kawasan seluas 17 hektar turut berlaku di belakang Perkuburan Cina, Bukit Pelali, Pengerang di sini petang tadi.

​Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Mohd Nur Aizat Ayub berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.08 petang.

​Katanya, seramai 12 anggota bersama jentera FRT dan kenderaan utiliti dari BBP Sebana Cove serta BBP Punggai digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya PKO di tempat kejadian, didapati kebakaran melibatkan dua sektor iaitu Sektor A seluas 13 hektar dan Sektor B seluas empat hektar.

“PKO menjalankan operasi pemadaman di Sektor A menggunakan satu aliran salur bantu mula sepanjang 400 kaki dengan pam jentera.

“Manakala di Sektor B, operasi menggunakan satu aliran salur bantu mula sepanjang 700 kaki dengan satu pancutan. Operasi pemadaman dijalankan sehingga selesai,” katanya.- KOSMO! ONLINE

The post Kebakaran kebun, lalang lebih 20 hektar di Pengerang appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved