Aktivis Direman Dua Hari Bantu Siasatan Kes Pencerobohan Tanah Di Bukit Lagi

LocalPolitics
6 Sep 2026 • 5:04 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Aktivis Direman Dua Hari Bantu Siasatan Kes Pencerobohan Tanah Di Bukit Lagi

KANGAR, 6 Sept (Bernama) -- Seorang aktivis direman dua hari bagi membantu siasatan kes pencerobohan tanah di Bukit Lagi di sini.

Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata perintah reman terhadap lelaki berusia 55 tahun itu dikeluarkan Majistret Ana Rozana Mohd Nor di di Mahkamah Majistret Kangar.

"Permohonan reman terhadap lelaki ini bagi (siasatan mengikut) Seksyen 447 Kanun Keseksaan dibenarkan selama dua hari bermula hari ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 4 Sept, media melaporkan aktivis yang bekerja sebagai jururunding itu direman dua hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan berhubung hantaran berunsur hasutan di media sosial berkaitan isu perobohan sebuah kuil di sini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Baca juga:

Bagaimanapun, aktivis itu ditahan semula apabila tempoh reman itu berakhir semalam.

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved