Aktivis GSF Warga Itali Peluk Islam Selepas Bantu Halang Polis Israel Kacau Tahanan Muslim Solat

WorldPolitics
6 Oct 2025 • 11:47 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Di sebalik kenangan pahit para aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) yang diperlakukan dengan kejam semasa ditahan oleh pihak berkuasa Israel, terdapat juga berita gembira yang dilaporkan.

Siapa sangka, seorang aktivis GSF warga Itali yang dikenali sebagai Tommaso Bortolazzi telah terbuka hati untuk memeluk Islam semasa ditahan oleh rejim zionis itu.

Menerusi video temu bual bersama agensi berita Anadolu yang dimuat naik di Instagram, Bortolazzi berkata rakan-rakannya di dalam sel kebanyakannya beragama Islam dari Turkiye.

Tersentuh lihat rakan-rakan di dalam sel solat

Menurutnya, dia tersentuh selepas melihat para aktivis Muslim tetap mendirikan solat meskipun dalam keadaan sukar seperti itu.

“Hari-hari terakhir di dalam sel amat sukar, rakan-rakan tahanan saya kebanyakannya dari Turki dan hampir semuanya beragama Islam.

“Kami melalui saat-saat mengerikan dan penuh ketakutan kerana nyawa kami dipertaruhkan, tetapi kami tetap bersatu.

“Semasa mereka sedang beribadat, pihak polis Israel masuk dan menghalang mereka. Saya rasa perlu untuk menentang tindakan itu,” katanya.

Terus ucap syahadah selepas bantu halang polis Israel ganggu rakan Muslim solat

Menurutnya lagi, dia terus mengungkap dua kalimah syahadah bersama seorang aktivis Muslim selepas mereka bertindak menghalang polis Israel daripada mengganggu para tahanan lain solat.

Bortolazzi yang juga kapten kapal Maria Cristin mengakui dia berasa dirinya seakan baru dilahirkan semula selepas memeluk Islam.

“Saya sangat gembira, kami berharap negara-negara bebas dan demokratik akan menyokong perjuangan ini (membantu penduduk Palestin),” katanya lagi.