Ardell dedah dikasari hingga rambut tercabut, diugut mahu ‘apa-apakan’ anak

WorldEntertainment
6 Oct 2025 • 9:22 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Aktivis kemanusiaan dan pelakon, Ardell Aryana, mendedahkan detik hitam yang dialaminya apabila dikasari hingga rambut tercabut serta diugut mahu ‘diapa-apakan’ anaknya oleh tentera Israel ketika ditahan dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza baru-baru ini.

Tudung direntap hingga rambut tercabut

Memetik laporan daripada Astro Awani, Ardell atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah Mohd Amin, 35 menyatakan bahawa doktor telah mengesahkan dirinya mengalami kecederaan di bahu serta lebam di kawasan muka.

“Dalam pertemuan dengan doktor tadi, doktor sahkan soft tissue bahu koyak, muka lebam dan rambut direntap,” katanya.

image is not available

Rambut tercabut & dimalukan apabila tudung tertanggal

Menurut Ardell, laporan kesihatan itu akan dibawa pulang ke Malaysia untuk diserahkan kepada pihak peguam serta Sumud Nusantara Operation Center bagi tindakan lanjut.

Beliau turut menceritakan bagaimana askar Israel merentap tudungnya dengan kasar sambil bersorak beramai-ramai, seolah-olah mahu memalukannya di depan orang lain.

“Saya pun tidak faham kenapa saya menjadi sasaran, tetapi mungkin sebab saya paling rajin buat live, dan live SOS saya diikuti ramai,” ujarnya.

image is not available

Ugut mahu bunuh anak-anak

Lebih mengejutkan, Ardell mendakwa tentera rejim turut mengugut untuk membunuh anak-anaknya jika beliau tidak memberi kerjasama semasa proses penahanan.

image is not available

Ardell bersama 22 aktivis lain kini berada di Istanbul, selepas dibawa keluar dari Israel dengan penerbangan khas diusahakan oleh Kerajaan Turkiye dan Kerajaan Malaysia.

Setakat ini, belum ada tarikh rasmi ditetapkan bagi kepulangan mereka ke tanah air.

Sumber: Astro Awani