Aktivis Kemanusiaan Indonesia Tayang Situasi Kebakaran Bawah Tanah Di Kalimantan

Environment
13 Oct 2026 • 12:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft kebakaran bawah tanah

Satu video kini sedang mencuri tumpuan netizen Malaysia dan Indonesia apabila seorang aktivis kemanusiaan dari negara jiran iaitu Asrul Putra Nanda memuat naik hantaran mengejutkan mengenai situasi terkini kebakaran yang berlaku di Kalimantan.

Dalam hantaran itu, dapat dilihat pasukan sukarelawan dan penyelamat sedang berusaha memadamkan api yang kelihatan berlaku di bawah tanah.

Artikel berkaitan : “Lawan, bersatu teguh, bercerai kahwin lagi” – Respons Gabenor Kalimantan Tengah Isu Kebakaran Hutan Buat Ramai Terkedu

Artikel berkaitan : “Patutlah kualiti udara merosot” – Kebakaran Besar Landa Kalimantan, Hingga Rumah Orang Awam Terjejas

“Inilah disebut kebakaran bawah tanah, bara api bawah tanah, lubang api, dan ini yang terjadi di kebakaran di tanah Kalimantan, saya berada di Palangkaraya Kalteng, menyaksikan perjuangan relawan rescue rumah zakat Kalbar memadamkan api, Senin 12 Oktober 2026 jam 22.00 wib.”

“Semua sudah berjuang, terima kasih BPBD, TNI, polri, Manggala Agni, KPH, damkar gabungan, relawan dan pihak yang terlibat, doakan Kalimantan tengah, pray for Kalimantan.”

Sekadar info ringkas, kebakaran bawah tanah berlaku apabila api membakar bahan organik yang berada di bawah permukaan tanah, khususnya lapisan gambut.

Tanah gambut mula terbentuk daripada sisa tumbuhan yang terkumpul dan mereput secara tidak sempurna dalam tempoh yang panjang. Dalam keadaan semula jadi, tanah gambut biasanya mempunyai kandungan air yang tinggi.

Namun, apabila tanah ini mengering akibat cuaca panas berpanjangan atau saliran air yang berlebihan, bahan organik di dalamnya boleh menjadi mudah terbakar dan kebakaran jenis ini sukar dikesan dan dipadamkan sepenuhnya.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved