Aktivis politik tuntut penjelasan, dakwa video penerangan PRN Negeri Sembilan disekat

LocalPolitics
28 Jul 2026 • 5:29 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

Aktivis politik tuntut penjelasan, dakwa video penerangan PRN Negeri Sembilan disekat

SEREMBAN – Seorang aktivis politik, Muhammad Afif Haziq Mohd Khuzaime, mendakwa beberapa video penerangan berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya tidak lagi boleh diakses oleh pengguna di Malaysia, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai kebebasan bersuara di platform berkenaan.

Menerusi satu video yang dimuat naik di media sosial, beliau mendakwa semua kandungan berkaitan PRN Negeri Sembilan di akaunnya didapati hilang daripada paparan pengguna tempatan, namun masih boleh diakses seperti biasa di negara lain.

View this post on Instagram

A post shared by Afif Haziq (@afifhziiq)

Menurut Afif Haziq, perkara itu disedarinya selepas membuat semakan terhadap video-video yang pernah dimuat naik sebelum ini.

“Hari ini saya lihat semua video-video penerangan PRN Negeri Sembilan saya telah hilang dan lesap daripada TikTok.

“Yang peliknya, apabila saya buat semakan, semua video-video tersebut boleh diakses seperti normal di negara-negara lain dan hanya di-restrict di dalam Malaysia sahaja,” katanya.

Beliau turut meluahkan rasa kecewa dengan situasi tersebut dan mengaitkannya dengan prinsip kebebasan bersuara yang menurutnya pernah diperjuangkan oleh kerajaan ketika berada di blok pembangkang.

“Saya sangat kecewa dan sedih kerana dulunya kerajaan Pakatan Harapan ketika mereka jadi pembangkang, kamulah yang perjuangkan hak bersuara.

“Hari ini apabila dah jadi kerajaan, apa yang kamu buat ini?” katanya.

Dalam video sama, Afif Haziq turut menuntut penjelasan daripada Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil, serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung dakwaan sekatan tersebut.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh mana-mana agensi berhubung dakwaan yang dikemukakan oleh aktivis politik berkenaan.

Video yang dimuat naik bagi menjelaskan dakwaan itu turut mendapat perhatian ramai apabila merekodkan lebih 86,700 tontonan setakat ini, selain menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

The post Aktivis politik tuntut penjelasan, dakwa video penerangan PRN Negeri Sembilan disekat appeared first on MYBERITA.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved