
Aktivis dan pengarah teater disegani, Rosminah Tahir, 65, meninggal dunia di kediamannya di Keramat, Kuala Lumpur, petang Ahad.
Berita pemergian Allahyarham Rosminah disahkan sahabat baik yang juga penerbit teater, Siti Rohaya Attan kepada BH Online.
Bagaimanapun, Siti Rohaya belum mendapat maklumat terkini berhubung pemergian sahabatnya itu.
"Jenazah sudah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan kami sedang menunggu jenazah serta perkembangan terkini.
"Setakat ini, saya belum tahu punca pemergian arwah dan apa yang berlaku. Saya terus ke HKL sebaik dimaklumkan arwah sudah tiada," katanya.
Baru rai hari jadi ke-65
"Ketika datang ke rumah, arwah tampak sihat. Arwah baru meraikan ulang tahun kelahiran ke-65 pada 13 Mei lalu," katanya.
BERITA TRENDING: Teater Bahara Emas Terbitan SPRM Tak Sindir Sesiapa - Pengarah
Sumber: BH Online


