Aktiviti Luar Anda Kini Lebih Hebat Dengan Siri HUAWEI Watch GT 6

TechnologyHealth & Fitness
4 Oct 2025 • 11:00 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Memilih jam tangan pintar yang sesuai dengan gaya hidup menjadi lebih mudah apabila anda tahu apa yang diperlukan. Sama ada untuk aktiviti sukan, waktu santai atau urusan kerja, siri HUAWEI Watch GT 6 adalah pilihan yang ideal.

image is not available

Ia menawarkan jangka hayat bateri sehingga 21 hari. Jam ini juga dilengkapi dengan fungsi kesihatan dan kecergasan yang lengkap. Reka bentuknya pula premium bergaya dan tahan lasak. Lebih daripada sekadar aksesori, jam ini ialah peneman harian yang boleh diharap.


Gaya Eksklusif Dengan Sentuhan Premium

HUAWEI memahami keinginan ramai untuk menjalani kehidupan yang ringkas tetapi tetap bergaya. Maka, kemunculan siri HUAWEI Watch GT 6 benar-benar memenuhi kehendak masa kini. Apabila dipakai di pergelangan tangan, jam ini menyerlahkan penampilan yang kemas dan profesional.

image is not available

image is not available

Diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi seperti titanium dan kaca nilam, jam ini bukan sahaja nampak eksklusif malah tahan lasak. Bagi mereka yang aktif dengan aktiviti luar seperti mendaki, menyelam atau meredah hujan, jam ini menawarkan perlindungan menyeluruh melalui piawaian IP69 dan EN13319 yang melindungi daripada air serta cabaran persekitaran.

image is not available

image is not available

Pilihan warna yang ditawarkan mencerminkan pelbagai gaya dan personaliti. Versi Pro hadir dalam saiz 46mm dengan tiga rona menarik iaitu coklat yang maskulin dan matang, hitam yang klasik serta silver yang elegan. Versi standard pula tersedia dalam dua saiz iaitu 46mm dan 41mm.

Untuk saiz 46mm, pilihan warna termasuk kelabu, hijau dan hitam, manakala saiz 41mm hadir dalam warna putih, ungu dan coklat. Anda bebas memilih mengikut cita rasa dan suasana agar jam ini menjadi pelengkap gaya yang serba boleh.

image is not available

image is not available

Bayangkan anda sedang berlari di bawah cahaya matahari terik namun skrin jam tangan tetap kelihatan jelas tanpa perlu dilindungi dengan tangan. Itulah kelebihan paparan AMOLED pada siri HUAWEI Watch GT 6 yang menawarkan kecerahan sehingga 3000 nits. Paparan kekal terang, tajam dan memukau dalam apa jua keadaan.

image is not available

image is not available

Dari segi keselesaan, pelbagai pilihan tali jam disediakan untuk memenuhi keperluan harian. Tali silikon sesuai bagi anda yang mengutamakan rasa lembut dan ringan. Tali anyaman pula memberikan tekstur unik yang nampak bergaya. Bagi yang menggemari penampilan elegan dan tahan lama, tali logam menawarkan sentuhan mewah yang menawan.

image is not available

Setiap pilihan direka untuk keselesaan sepanjang hari. Model bersaiz 41mm hadir dengan reka bentuk ergonomik yang memastikan keselesaan maksimum dalam pelbagai situasi. Dengan kombinasi gaya, fungsi dan ketahanan, HUAWEI Watch GT 6 ialah aksesori pintar yang melengkapkan gaya hidup aktif dan moden.


Pilihan Terbaik Untuk Peminat Aktiviti Lasak

HUAWEI mereka Watch GT 6 khas untuk individu yang aktif serta sukakan cabaran luar. Jam tangan pintar ini menggunakan teknologi Sunflower Positioning bersama sistem kedudukan tiga dimensi yang meningkatkan ketepatan GPS sehingga 20%. Oleh itu, penjejakan lokasi menjadi lebih tepat dan boleh diharap dalam pelbagai keadaan.

image is not available

Melalui fungsi sukan terbina, anda boleh merekod aktiviti seperti larian denai, kayuhan basikal dan pendakian dengan ketepatan tinggi. Selain itu, jam ini mampu menganalisis teknik larian berdasarkan pergerakan badan dan corak pendaratan kaki. Hasil analisis ini membantu meningkatkan prestasi serta mengurangkan risiko kecederaan. Bukan itu sahaja, jam ini juga sesuai untuk aktiviti harian seperti berjoging, bersenam dan berjalan santai.

image is not available

Bagi penggemar berbasikal, siri HUAWEI Watch GT 6 membolehkan anda melihat maklumat tahap keupayaan kayuhan dan kuasa maya secara langsung tanpa memerlukan peranti tambahan. Jam ini juga mengesan kayuhan secara automatik dan akan berhenti merekod apabila anda berhenti. Dengan ciri ini, semua data direkod dengan tepat dan berjalan lancar sepanjang aktiviti.

image is not available

Sementara itu, versi Pro menawarkan pengalaman yang lebih menyeluruh. Ia menyediakan lebih 17,000 peta padang golf, analisis ketinggian untuk larian denai dan cerun ski serta sokongan menyelam sehingga 40 meter. Lebih meyakinkan, jam ini menerima pensijilan antarabangsa seperti PADI, SSI dan AIDA. Maka, sama ada di darat, di salji atau di dasar laut, jam ini bersedia menjadi teman setia dalam setiap pengembaraan.

image is not available

image is not available

Dari aspek keselamatan, siri HUAWEI Watch GT 6 hadir dengan ciri yang boleh dipercayai. Jam ini dilengkapi pengesan jatuh yang akan mengaktifkan sistem kecemasan secara automatik apabila berlaku insiden. Ia juga mempunyai fungsi Team-Up yang membolehkan anda berkongsi lokasi secara langsung. Ciri ini sangat berguna, terutamanya ketika berbasikal dalam kumpulan.

image is not available

Selain itu, jam ini dilengkapi teknologi pemantauan altitud versi terkini. Ia mampu memantau tahap oksigen, tekanan dan ketinggian sehingga 2500 meter. Dengan adanya ciri ini, pendaki boleh mengenal pasti risiko kesihatan lebih awal semasa berada di kawasan altitud tinggi.

image is not available


Penjagaan Kesihatan Menyeluruh

Siri HUAWEI Watch GT 6 bukan sahaja sesuai untuk aktiviti lasak malah berfungsi sebagai alat pemantauan kesihatan yang berkesan. Model pro dilengkapi dengan fungsi ECG yang telah diperakui CE dan mampu memberikan bacaan jantung yang tepat serta profesional. Ia bukan sekadar mengira degupan jantung malah turut berupaya mengesan tanda awal masalah jantung sebelum keadaan menjadi serius.

image is not available

image is not available

Teknologi TruSleep pada iri HUAWEI Watch GT 6 membolehkan jam tangan ini merekod tempoh dan tahap tidur seperti nyenyak, ringan, REM serta waktu terjaga. Ia turut menggabungkan bacaan denyutan jantung dan corak pernafasan untuk memberikan gambaran lengkap tentang kualiti tidur.

Jika kualiti tidur kurang memuaskan, jam ini akan mencadangkan langkah penambahbaikan yang sesuai. Lebih menarik, analisis tidur turut mengambil kira aktiviti harian, keadaan emosi dan kesihatan jantung bagi menghasilkan penilaian yang lebih menyeluruh.

image is not available

image is not available

Ciri Emotional Well Being pada iri HUAWEI Watch GT 6 membolehkan jam mengesan sehingga 12 jenis emosi seperti tenang, risau, tertekan dan gembira. Sepanjang hari, jam tangan ini akan merekod dan memaparkan perubahan emosi dengan jelas bagi membantu anda memahami keadaan mental sendiri.

Jika anda merasa tertekan, jam ini akan mencadangkan latihan pernafasan yang menenangkan. Latihan tersebut disampaikan secara interaktif melalui animasi panda yang comel agar pengalaman menjadi lebih santai.

image is not available

Apabila disambungkan dengan aplikasi HUAWEI Health, iri HUAWEI Watch GT 6 membuka akses kepada pelbagai ciri tambahan yang berguna. Anda boleh menikmati muzik yang membantu tidur lebih lena. Jam ini turut menawarkan pelan senaman yang disesuaikan mengikut gaya hidup harian.

image is not available

Selain itu, HUAWEI bakal memperkenalkan ciri Nutritional Analysis untuk membantu anda memahami corak pemakanan dengan lebih tepat. Menariknya, semua ciri ini tersedia secara percuma selama tiga bulan selepas pendaftaran.


Solusi Pintar Untuk Kehidupan Seharian

Siri HUAWEI Watch GT 6 turut berfungsi sebagai solusi pintar dalam rutin harian. Jam ini mempunyai bateri yang tahan sehingga 21 hari yang bermaksud anda tidak perlu mengecasnya setiap malam. Pembayaran harian menjadi lebih mudah melalui sokongan TNG QR Code yang boleh diakses terus melalui jam tangan.

image is not available

Anda hanya perlu mengimbas kod tersebut untuk menyelesaikan transaksi dengan cara yang cepat dan selamat. Di samping itu, fungsi NFC membolehkan jam digunakan sebagai pengganti kepada kad akses fizikal yang biasa digunakan. Ciri ini memudahkan pergerakan di tempat kerja dan juga di kediaman tanpa perlu membawa kad tambahan.

image is not available

image is not available

Anda juga boleh membalas mesej WhatsApp dengan cepat melalui ciri Quick Reply yang tersedia dalam jam. Jam ini turut memaparkan waktu solat dalam Bahasa Melayu dan juga dalam Bahasa Inggeris yang menjadikannya sangat sesuai untuk anda yang sentiasa sibuk tetapi tetap menjaga tuntutan ibadah dengan penuh tertib.

image is not available

Selain itu, anda turut boleh muat turun My Border Pass terus melalui jam tangan untuk memudahkan urusan perjalanan rentas sempadan tanpa perlu membuka telefon.


Peneman Harian yang Lengkap

Sekiranya anda mencari jam tangan pintar yang bukan sekadar menunjukkan waktu, siri HUAWEI Watch GT 6 adalah pilihan yang ideal untuk gaya hidup aktif. Ia hadir dengan reka bentuk kemas, pelbagai fungsi canggih, bateri tahan lama dan serasi dengan peranti Android serta iPhone.

image is not available

Dengan storan sebesar 64GB, anda boleh menyimpan lagu, peta luar talian dan pelbagai muka jam mengikut cita rasa. Dikenali dengan prestasi yang stabil, siri GT kini tampil dengan  banyak ciri yang dipertingkatkan untuk memenuhi keperluan harian dengan lebih cekap dan selesa.

image is not available

Siri HUAWEI Watch GT 6 kini tersedia di pasaran dengan harga bermula daripada RM999. Miliki jam tangan pintar yang lengkap dengan ciri moden, prestasi unggul dan reka bentuk bergaya. Untuk maklumat lanjut dan pembelian, sila kunjungi laman sesawang rasmi HUAWEI Malaysia.

Penafian: Advertorial dari HUAWEI Malaysia