Panduan Renew Passport Malaysia 2026 (Online & Walk-In)

5 Nov 2026 • 6:42 AM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Jika pasport anda sudah tamat tempoh atau berbaki kurang daripada 6 bulan, anda perlu membuat pembaharuan (renew) pasport anda dengan segera sama ada melalui online (portal MyOnline Pasport) ataupun walk-in terus ke pejabat Imigresen berdekatan.

Langkah ini amat penting bagi mengelakkan sebarang sekatan di pintu sempadan negara dan memastikan perancangan percutian anda berjalan lancar tanpa gangguan.

Rujuk panduan lengkap renew passport di bawah.

Pengenalan Pasport Malaysia

Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) merupakan dokumen perjalanan rasmi bertaraf dunia yang dikeluarkan secara eksklusif oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berdasarkan Akta Pasport 1966.

Ia berfungsi sebagai bukti kewarganegaraan yang sah dan merupakan permit rasmi daripada kerajaan untuk membolehkan rakyat Malaysia merentas sempadan antarabangsa dengan selamat.

Di samping kekuatan diplomatiknya, Pasport Malaysia juga memahat sejarah penting dalam keselamatan digital global apabila menjadi pasport biometrik pertama di dunia yang diperkenalkan pada Mac 1998.

renew passport online
Pasport Malaysia

Untuk pengetahuan anda, pasport Malaysia diiktiraf sebagai antara pasport paling berkuasa di dunia tau. Sebagai warganegara Malaysia, anda boleh travel ke lebih 180 buah negara dengan kemudahan bebas visa (visa-free) atau visa semasa ketibaan (visa-on-arrival).

Dokumen berteknologi tinggi ini dilengkapi dengan cip mikroelektronik terbenam yang menyimpan data biodata penuh, rekod cap jari, dan acuan wajah digital bagi mematuhi piawaian antarabangsa International Civil Aviation Organization (ICAO).

Terkini, pasport ini diperkukuh lagi dengan 94 ciri keselamatan tinggi termasuk halaman biodata polikarbonat baharu serta motif visual rama-rama Rajah Brooke’s Birdwing menjadikannya sangat sukar untuk dipalsukan serta menawarkan fleksibiliti tempoh sah laku pilihan sama ada 5 tahun atau 10 tahun.

Panduan Renew Passport Malaysia 2026 (Online & Walk-In)

Fungsi Utama Pasport Malaysia

  • Bukti pengenalan diri dan warganegara Malaysia di luar negara.
  • Diperlukan untuk urusan imigresen semasa keluar/masuk sempadan antarabangsa.
  • Mengandungi maklumat peribadi, gambar pemegang dan cip mikropemproses (e-pasport).

Kelayakan Memohon

  • Warganegara Malaysia yang mempunyai dokumen pengenalan diri sah (MyKad/MyKid).
  • Pemohon bawah 18 tahun perlu hadir bersama ibu/bapa atau penjaga sah.
  • Permohonan boleh dilakukan di Pejabat Imigresen seluruh Malaysia dan juga di Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara.

Jenis & Kategori

  • Dewasa (18 tahun ke atas)
  • Kanak-kanak (bawah 18 tahun)
  • Warga emas (60 tahun ke atas, kadar bayaran rendah)
  • Pemohon OKU dan pelajar (bayaran khas atau percuma dengan dokumen sokongan).

Tempoh Sah Laku

  • Tempoh sah laku: 5 tahun & 10 tahun

Dengan perkembangan teknologi, proses renew passport menjadi lebih cepat dan mudah kerana rakyat Malaysia boleh melakukannya secara dalam talian melalui sistem MyOnline Pasport.

Renew Pasport Malaysia
Renew Pasport Malaysia di MyOnline Passport

Bila Perlu Renew Pasport Malaysia?

Pasport Malaysia perlu diperbaharui sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tempoh sah laku tamat. Ini kerana kebanyakan negara mensyaratkan dokumen perjalanan yang masih sah laku selama 6 bulan sekurang-kurangnya semasa masuk mereka.

Maklumat Penting Bila Perlu Renew Pasport Malaysia

  • Tempoh sah laku pasport Malaysia kini adalah 5 tahun & 10 tahun dari tarikh dikeluarkan.
  • Pemegang pasport disarankan supaya memohon pembaharuan apabila tempoh sah laku tinggal kurang dari 6 bulan bagi memastikan tiada masalah semasa perjalanan antarabangsa.
  • Sekiranya pasport hilang atau rosak, permohonan gantian perlu segera dibuat walaupun tempoh sah laku belum tamat.
renew pasport malaysia online
Pembaharuan Pasport Malaysia Antarabangsa

Syarat Kelayakan – Online vs Walk-In?

Sebelum memulakan proses, anda perlu tahu sama ada anda layak memohon secara atas talian atau perlu hadir terus ke kaunter Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) atau Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Siapa yang BOLEH renew online?

  • Warganegara Malaysia berumur 13 tahun ke atas.
  • Pemegang pasport sedia ada yang masih dalam keadaan baik (tidak hilang, koyak, atau diconteng).

Siapa yang WAJIB renew secara walk-in?

  • Permohonan pertama kali (First-time applicant).
  • Kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah.
  • Warga emas (60 tahun ke atas) yang mahukan diskaun atau tidak mahir sistem online.
  • Orang Kurang Upaya (OKU).
  • Pelajar berumur bawah 21 tahun yang menyambung pengajian ijazah pertama di luar negara.
  • Kes pasport hilang atau rosak.
  • Jemaah Haji.

Renew Pasport Secara Walk-In

Jika anda tergolong dalam kategori yang tidak layak online, anda boleh terus ke kaunter pejabat Imigresen.

  • Sistem Giliran (JIM eQ): Kebanyakan cawangan utama kini menggunakan aplikasi JIM eQ untuk menguruskan giliran. Imbas kod QR di luar pejabat atau muat turun aplikasi untuk mendapatkan nombor giliran digital sebelum hadir bagi mengelakkan masa menunggu yang lama.
  • Foto di Kaunter: Cawangan Imigresen kini menggunakan sistem Facial Live Capture. Gambar anda akan diambil terus di kaunter, jadi pastikan anda berpakaian gelap dan kemas.
  • Pembayaran: Sistem kaunter Imigresen kini adalah tanpa tunai (cashless). Sediakan kad debit/kredit atau e-wallet (seperti Touch ‘n Go) anda. Pasport walk-in biasanya siap dalam tempoh 1 jam selepas pembayaran selesai.

Renew Passport Secara Online Melalui MyOnline Passport

Nak renew pasport mudah je sekarang ni. Anda boleh terus ke portal MyOnline Passport untuk renew passport secara online.

Bayaran hendaklah dilakukan secara dalam talian menggunakan Kad Debit / Kad Kredit / Perbankan Internet (FPX).

Ingat ye, MyOnline Passport ni untuk pembaharuan atau renew pasport. Bukan untuk buat passport baru.

Pemohon yang pasportnya hilang atau rosak juga tidak dibenarkan membuat permohonan secara atas talian.

MyOnline Pasport
MyOnline Pasport

BACA JUGA: Semakan CCRIS Online – Bank Negara Malaysia (BNM)

Cara Renew Pasport Malaysia Online

Bagi memudahkan rakyat Malaysia, Jabatan Imigresen telah menyediakan perkhidmatan MyOnline Passport yang membolehkan urusan pembaharuan pasport dibuat secara dalam talian.

Berikut ialah langkah-langkah mudah untuk renew pasport Malaysia secara online:

LANGKAH 1: Semak Tarikh Luput Pasport

Pastikan pasport anda masih sah untuk sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tarikh perjalanan anda. 

Jika tidak, anda perlu memperbaharuinya secepat mungkin untuk mengelakkan sebarang masalah semasa perjalanan.

LANGKAH 2: Layari Portal MyOnline Passport

Untuk memulakan proses pembaharuan pasport secara dalam talian, layari portal MyOnline Passport: https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport

Setelah membaca semua maklumat yang dinyatakan dengan teliti, klik SETUJU untuk proses seterusnya.

Renew Pasport Malaysia
MyOnline Passport
LANGKAH 3: Lengkapkan Borang Permohonan Online

Isikan semua maklumat peribadi dan butiran pasport dengan tepat. Kemudian, klik CARIAN.

NOTA: Pastikan anda pilih pejabat pungutan yang berdekatan untuk mengambil pasport yang telah diperbaharui nanti.

Renew Pasport Malaysia
MyOnline Pasport
LANGKAH 4: Baca Peringatan

Sila pastikan:

  • Pasport semasa berada dalam simpanan, dalam keadaan baik dan tidak rosak (berconteng, tidak terkena air, tidak koyak, tidak terbakar).
  • Semua maklumat yang dimasukkan adalah betul dan tepat.
  • Gambar yang dimuat naik adalah wajah terkini (gambar yang diambil dalam masa 1 bulan)

Permohonan yang tidak mengikut syarat yang ditetapkan akan DITANGGUH atau DITOLAK.

Setelah baca dengan teliti, klik SETUJU.

Renew Pasport Malaysia
MyOnline Passport

Peringatan mengenai spesifikasi gambar yang dibenarkan dan tidak dibenarkan juga akan dipaparkan, sila rujuk dengan teliti dan kemudian klik, SETUJU.

Renew Pasport Malaysia
Gambar dibenarkan untuk renew pasport

 renew pasport
Gambar yang tidak dibenarkan untuk renew pasport

renew pasport
Spesifikasi gambar passport

renew pasport
Spesifikasi gambar pasport

 renew pasport
Spesifikasi gambar pasport
LANGKAH 5: Muat Naik Foto Pasport Ikut Piawai

Gambar mesti berlatar putih, baju gelap, wajah jelas, dan tiada bayang-bayang. Gambar perlu digital serta diambil di studio profesional.

Tanda / di kotak pada pernyataan:

  • SAYA MENGAKU GAMBAR YANG DIMUAT NAIK ADALAH GAMBAR SAYA*
  •  SAYA MENGAKU BAHAWA NAMA INI ADALAH SAMA DENGAN NAMA PADA KAD PENGENALAN* 
  • dan juga, Persetujuan Perakuan.

Seterusnya klik, TERUSKAN PADA BAYARAN.

LANGKAH 6: Buat Bayaran Permohonan

Bayaran menggunakan kad debit/kredit (RM200 untuk 13-59 tahun, RM100 untuk warga emas 60+, OKU percuma dengan dokumen sokongan).

NOTA: Pemohon yang mempunyai masalah cap jari boleh meneruskan bayaran dan hadir terus ke pejabat pemungut yang dipilih bagi pengambilan cap jari.

LANGKAH 7: Ambil Passport Baru

Hadir sendiri di pejabat Imigresen dengan MyKad, passport lama, dan resit pembayaran pada waktu yang ditetapkan oleh sistem.

Selesai!

Video Panduan Renew Pasport Online

Untuk panduan lebih terperinci, anda boleh rujuk video cara-cara renew pasport online melalui MyOnline Passport di bawah:

NOTA: Pemohon perlu hadir sendiri untuk mengambil pasport dengan mengemukakan kad pengenalan, pasport sedia ada dan resit bayaran. Tiada wakil dibenarkan.

Anda juga boleh muat turun PDF di bawah sebagai rujukan:

PanduanMyOnlinePassportMUAT TURUN

Tempoh Masa Kutipan Passport

Setelah selesai membuat pembayaran, anda boleh membuat semakan di portal MyIMMS eServices untuk mengetahui sama ada passport baru anda sudah siap untuk dikutip.

Tarikh dan masa pengambilan passport akan ditentukan oleh sistem berdasarkan hari dan masa permohonan dibuat.

Permohonan yang dibuat sebelum jam 3 petang hari bekerja akan diserahkan pada hari yang sama dan permohonan selepas jam 3 petang akan diserahkan pada   jam 10 pagi hari bekerja berikutnya.

Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun perlu membawa sijil kelahiran dan penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran perlu hadir bersama.

Sila rujuk waktu urus niaga Pejabat Pengeluar Pasport Malaysia di bawah (Oktober 2025):

Pejabat Pasport Negeri & Cawangan

I) Semua negeri & cawangan utama biasanya beroperasi seperti berikut:

  • Hari bekerja (Isnin-Jumaat): 7.30 pagi hingga 5.30 petang (waktu rehat semasa solat Jumaat 12.15 tengahari – 2.45 petang)
  • Sabtu: 8.00 pagi hingga 1.00 petang
  • Ahad: Tutup.

II) Untuk negeri Perlis, Pahang, Terengganu & Kedah, waktu operasi pejabat mungkin berbeza sedikit bergantung cawangan khusus tetapi umumnya dalam waktu pejabat standard 8.00 pagi hingga 5.00 petang, dengan sesetengah pejabat tutup pada Sabtu.

Pejabat UTC (Urban Transformation Centre)

I) Semua negeri UTC beroperasi:

  • Hari bekerja (Isnin-Khamis): 1.00 petang – 10.00 malam (dengan waktu rehat 7.00 – 8.00 malam)
  • Jumaat: 2.45 petang – 10.00 malam (dengan waktu rehat 7.00 – 8.00 malam)
  • Sabtu & Ahad: 8.00 pagi – 5.00 petang
  • Sesetengah UTC buka penuh setiap hari dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang, termasuk hujung minggu terutama di Perlis, Pahang, Terengganu & Kedah.

II) UTC negeri Perlis, Pahang, Terengganu & Kedah dibuka setiap hari (termasuk hujung minggu) dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang tanpa waktu malam.

Nota tambahan:

  • Waktu operasi pejabat imigresen termasuk pejabat pasport boleh berubah semasa cuti umum dan musim cuti sekolah.
  • UTC menyediakan operasi waktu malam dan hujung minggu sebagai kemudahan khusus bagi warga kerja yang tidak dapat berurusan waktu pejabat biasa.

Spesifikasi Gambar untuk Buat Pasport

  • Latar belakang foto MESTI berwarna putih tanpa bayang. Latar belakang menggunakan warna lain tidak akan diterima.
  • Pakaian berwarna gelap serta menutupi bahu dan dada
  • Bagi perempuan yang memakai tudung kepala atau hijab mesti memakai tudung/hijab yang berwarna gelap dan tidak boleh menutup muka.
  • Gambar yang dimuatnaik mestilah dalam bentuk softcopy yang diambil oleh kedai gambar profesional. Gambar polaroid tidak dibenarkan.
  • Permohonan yang tidak menepati spesifikasi tidak akan diproses terlebih dahulu dan akan menyebabkan kelewatan semasa pengambilan/serahan passport.
Spesifikasi Gambar untuk Buat Pasport (DIBENARKAN)
Spesifikasi Gambar untuk Buat Pasport (TIDAK DIBENARKAN)

Spesifikasi Gambar untuk Buat Pasport
Spesifikasi Gambar untuk Buat Pasport
Spesifikasi Gambar untuk Buat Pasport

Pilihan Tempoh Sah Laku Pasport Malaysia

Mulai 2 November 2026 ini, anda boleh memilih sama ada mahu memperbaharui pasport untuk tempoh 5 tahun atau 10 tahun terus melalui sistem atas talian (MyOnline Pasport).

Inisiatif ini memberikan lebih fleksibiliti dan kemudahan kepada rakyat Malaysia untuk memilih tempoh sah laku pasport mengikut keperluan masing-masing.

Image from: Panduan Renew Passport Malaysia 2026 (Online & Walk-In)
Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia

Harga Renew Passport Malaysia Terkini

Kerajaan Malaysia kini menawarkan pilihan pasport dengan tempoh sah laku (validity) sehingga 10 tahun sebagai alternatif kepada pasport standard 5 tahun. Berikut ialah struktur harga terkini mengikut kategori:

Kategori PemohonPasport 5 Tahun (RM)Pasport 10 Tahun (RM)
Dewasa (18 – 59 tahun)RM 200RM 350
Remaja (13 – 17 tahun)RM 200Tiada Pilihan
Kanak-kanak (12 tahun & bawah)RM 100Tiada Pilihan
Warga Emas (60 tahun & atas)RM 100RM 175
Pelajar Luar Negara (Bawah 21 tahun)RM 100Tiada Pilihan
Orang Kurang Upaya (OKU)PERCUMAPERCUMA

Terma & Syarat Renew Pasport Online

  1. Pemohon mesti berumur 13 tahun keatas yang telah dikeluarkan dengan e-pasport (pasport bercip).
  2. Pemohon perlu mengisi maklumat yang benar dan tepat di dalam ruangan yang disediakan dalam sistem. Jika terdapat maklumat/akuan palsu, permohonan akan ditolak dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 12(1)(c) Akta Pasport 1966 (Akta 150).
  3. Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun: Hanya penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran semasa permohonan yang terdahulu dibenarkan membuat permohonan secara dalam talian. Penjaga yang sah perlu hadir di pejabat imigresen semasa pengambilan pasport tersebut. Jika penjaga tidak hadir bersama, pasport tersebut tidak akan diserahkan.
  4. Pemohon mesti memuatnaik gambar/foto bersaiz pasport yang terbaharu.
  5. Bayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit/debit terus (FPX).  
  6. Pemohon perlu hadir sendiri untuk mengambil pasport dengan mengemukakan kad pengenalan, pasport sedia ada dan resit bayaran. Tiada wakil dibenarkan.
  7. Kegagalan mengemukakan dokumen atau hadir akan menyebabkan pasport tidak akan diserah.
  8. Pasport pembaharuan di dalam keadaan biasa sahaja
  9. Buku Pasport mestilah di dalam keadaan baik (tidak rosak ,berconteng, terkena air).
  10. Seseorang warganegara yang berada secara tidak sah mengikut undang-undang di luar negara adalah tidak layak untuk menggunakan kemudahan permohonan pasport dalam talian (MyOnline).

 Keperluan Tambahan:

  • Sekiranya pemohon atau penjaga tidak hadir semasa kutipan pasport, pasport tersebut tidak akan diserahkan.
  • Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun perlu membawa sijil kelahiran dan penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran perlu hadir bersama.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila layari portal rasmi Jabatan Imigresen Malaysia.

FAQ: https://www.imi.gov.my/index.php/faq_bkpjim/bahagian-keselamatan-pasport/

Soalan Lazim Renew Pasport Online

Apakah itu MyOnline Passport?

MyOnline Passport adalah sistem permohonan pembaharuan pasport Malaysia secara dalam talian yang dibangunkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

Siapa yang layak menggunakan MyOnline Passport?

Pemohon berumur 13 tahun ke atas yang ingin memperbaharui pasport sedia ada dan memenuhi syarat tertentu, termasuk tidak hilang atau rosak dan memiliki dokumen lengkap.

Bagaimana cara membuat permohonan renew passport online?

Lawati portal rasmi MyOnline Passport, lengkapkan borang, muat naik gambar, pilih pejabat koleksi, dan buat pembayaran secara online.

Apa dokumen yang diperlukan untuk renew passport?

Foto bersaiz pasport berlatarkan putih, MyKad, pasport lama, dan dokumen sokongan jika perlu. Muat naik gambar dalam spesifikasi yang ditetapkan semasa permohonan.

Berapa kos pembaharuan pasport?

RM200 untuk umur 13-59 tahun dan RM100 untuk warga emas 60 tahun ke atas. Bayaran perlu dibuat secara kad debit/kredit sahaja kerana pembayaran tunai tidak diterima.

Berapa lama masa yang diambil untuk renew pasport?

Biasanya dalam masa satu hari bekerja, pasport akan siap dan boleh diambil di pejabat tertentu yang dipilih semasa permohonan.

Bolehkah saya hadir secara walk-in untuk renew pasport?

Ya, tetapi lebih mudah dan pantas jika melalui permohonan dalam talian, kecuali jika perlu hadir bersemuka kerana syarat tertentu.

Apa yang perlu dibuat selepas permohonan selesai?

Pemohon perlu hadir sendiri di pejabat imigresen semasa pengambilan pasport dan bawa MyKad, pasport lama, resit pembayaran, dan dokumen sokongan jika ada.

Bagaimana jika saya tidak menerima pasport selepas tempoh tertentu?

Semak status di portal rasmi atau hubungi pejabat imigresen terdekat untuk maklumat lanjut dan tindakan Selanjutnya.

Adakah terdapat pengecualian tertentu renew passport online?

Ya, pemohon bawah umur, warga emas, dan individu tertentu mungkin perlu hadir secara bersemuka, selain permohonan secara online. Pastikan syarat dan status permohonan diikuti dengan baik.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved