
Hari ini (12 Januari), Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari melalui satu kenyataan di laman Facebook memaklumkan bahawa Selangor tidak akan lagi meneruskan projek penternakan babi di mana-mana daerah Selangor.
Sebaliknya, daging babi akan diimport sepenuhnya bagi memenuhi keperluan tempatan susulan keputusan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
Amirudin berkata, keputusan itu diambil bagi menjunjung kasih titah terbaharu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tidak memperkenankan aktiviti itu dijalankan di mana-mana daerah Selangor.
Ia dikhuatiri boleh menyebabkan pencemaran udara dan sungai disebabkan oleh bau busuk yang dihasilkan serta pelepasan najis dan sisa kumbahan babi.
Baca Artikel Berkaitan: Sultan Selangor Tidak Berkenan Penternakan Babi Di Semua Daerah, Cadang Import Sahaja
Kongsi beliau, kira-kira 70% keperluan masyarakat bukan Islam di Selangor diperoleh melalui import dari negeri lain.
“Namun selepas ketetapan terbaharu itu, keseluruhan bekalan akan dibawa masuk dari luar,” katanya, lapor Sinar Harian.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa sebarang pengeluaran dan kelulusan lesen import akan dirujuk kepada kerajaan Persekutuan selaras dengan bidang kuasa pemberian lesen.
Selangor Henti Keluarkan Lesen Penternakan Babi Sejak Januari Lalu
Jelasnya, sejak Januari lalu, kerajaan negeri sudah menghentikan pengeluaran lesen penternakan babi dan memberi tumpuan kepada pengosongan tapak ladang sedia ada di Tanjung Sepat, Kuala Langat.
“Bagi ladang yang beroperasi sebelum ini, kawasan berkenaan akan ditutup secara berperingkat dengan kadar lebih pantas melalui kerjasama Jabatan Veterinar Negeri Selangor,” kata beliau dipetik kenyataan tersebut.
Dalam masa sama, Amirudin menegaskan bahawa sebarang polemik berkaitan isu ini dihentikan dan tidak dipanjangkan lagi oleh mana-mana pihak demi menjaga keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini selain mengelakkan perasaan syak wasangka di kalangan penduduk.
Pada Selasa lalu (10 Februari), Kerajaan Selangor menzahirkan keakuran terhadap titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang mengarahkan agar penternakan ladang babi di negeri itu dihentikan sepenuhnya.
Amirudin berkata, pihaknya telah menerima titah tersebut dan komited melaksanakannya sebaik mungkin.
Baca Artikel Berkaitan: Selangor Batal Sementara Projek Ladang Babi Selepas Terima Bantahan Penduduk Setempat
Baca Artikel Berkaitan: Sultan Selangor Titah Tiada Lagi Ladang Babi Di Tanjong Sepat
Baca Artikel Berkaitan: “Walaupun Babi Tu Busuk, Busuk Lagi Budu & Belacan”- MP Puncak Borneo Minta Henti Hina Makanan [Video]
