Aktiviti sukan tingkatkan perpaduan dan amalan gaya hidup sihat

17 Jan 2023 • 2:10 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Tuaran: Aktiviti sukan bukan saja mampu menjadi medan untuk membentuk dan meningkatkan kerjasama serta perpaduan dalam kalangan rakyat, malah berupaya dijadikan satu amalan dan gaya hidup sihat.

Sehubungan itu isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag mahu kejohanan bola jaring terbuka ini akan diteruskan dari semasa ke semasa agar dapat melahirkan masyarakat yang cergas, aktif dan produktif dengan nilai-nilai murni untuk menghadapi cabaran di masa depan.

“Di sampuing itu, aktiviti sukan juga dapat mengekalkan kesihatan fizikal dan membina kekuatan mental seperti mengawal emosi, fokus, dan membina semangat berpasukan.

“Saya berharap penganjuran kejohanan ini bukan sahaja dapat membantu mempopularkan sukan bola jaring, malah sebagai platform untuk mencari dan mengenal atlit pelapis dalam sukan itu di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Bola Jaring Terbuka Piala Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag di Dewan Sri Sulaman, di sini pada Ahad lalu.

Juliah berkata, secara peribadi beliau amat menyokong penganjuran program dan aktiviti berorientasikan sukan seperti bola jaring kerana ia dapat membentuk dan meningkatkan semangat kerjasama berpasukan dan perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum, bangsa dan agama di negara ini, khususnya di Sabah.

Kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu disertai 20 pasukan dan Cinnamon NC muncul juara selepas mengalahkan pasukan UAJ pada pelawanan akhir.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.