Aktor Terkenal India Ditangkap, Disyaki Dera Peminat Sampai Mati Kerana Komen Di Media Sosial

14 Jun 2024 • 10:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Seorang aktor yang cukup terkenal dalam dunia perfileman Bengaluru, Kannada, Darshan Thoogudeepa mengejutkan masyarakat dan peminat apabila ditahan pihak polis kerana disyaki dengan kematian seorang peminat lelakinya.

Darshan ditahan bersama seorang wanita iaitu Pavithra Gowda serta 11 rakan subahat lain selepas mayat tidak sempurna lelaki yang dikenali sebagai Renuka Swamy ditemui oleh seorang penghantar makanan berada di dalam saliran air di kawasan Kamakshipalya.

Menerusi laporan media tempatan, Darshan yang juga terkenal dengan jolokan Challenging Star didakwa melakukan jenayah tersebut selepas Pavithra sakit hati dengan komen yang ditinggalkan Renuka di media sosial.

Orang ketiga



“Darshan telah meminta bantuan kelab peminatnya untuk menjejak Renuka.

“Pelakon itu dipercayai membelasah lelaki yang bekerja di sebuah farmasi itu dengan tali pinggang sehingga pengsan, memukul dengan kayu dan menghantuknya ke dinding.