
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Dengan kewujudan teknologi kepintaran buatan (AI), sesetengah individu gemar menggunakan chatbot seolah-olah bersembang dengan rakan.
Bukan setakat itu sahaja, chatbot AI juga boleh digunakan bagi mendapatkan penjelasan ringkas tentang sesuatu perkara dengan nada yang santai.
Namun kadangkala ada pihak tertentu yang menggunakan teknologi ini bagi perkara yang tidak elok atau melanggar etika.
Baca Artikel Berkaitan: China Akan Mula Perkenal Kursus AI Di Sekolah Di Beijing
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Hasilkan Video Azan Guna AI, Stesen Televisyen TV3 Terima Pelbagai Reaksi Netizen
Lelaki Minta Grok Kecam Wanita, Tapi Diri Sendiri Yang Dipermainkan
‘Kepintaran’ AI dapat dilihat menerusi satu perdebatan dalam talian membabitkan dua pengguna X yang dikenali sebagai Qeez dan Shakila.
Qeez yang cuba menggunakan Grok untuk mengecam Shakila akhirnya menerima ejekan daripada chatbot tersebut.
Untuk info, Grok merupakan chatbot AI milik aplikasi X yang dikatakan dapat menjawab soalan sinis yang seringkali diabaikan oleh chatbot AI lain.
Setakat ini, fungsi itu selalu digunakan bagi meringkaskan bebenang hantaran di X atau mencuba untuk menyediakan lebih banyak konteks tentang hantaran tertentu.
Grok Tak Layan Permintaan Lelaki Untuk Debat Dengan Wanita
Perkara itu bermula apabila Qeez berasa tidak puas hati dengan hantaran dibuat oleh Shakila dan mula berdebat dengannya.
“Kau sembang dengan Grok je la,” kata wanita itu kepada Qeez apabila tidak mahu meneruskan pergaduhan tersebut.
Lelaki itu kemudiannya menyebut Grok dan meminta chatbot itu untuk berbahas bagi pihaknya.
Grok bagaimanapun tidak melayan permintaan Qeez walaupun telah diminta berkali-kali, menyebabkan lelaki itu akhirnya memaki chatbot berkenaan.

Maklum Balas Grok Seperti Rakyat Malaysia Bikin Ramai Kagum
Setelah itu, seorang pengguna X tampil memetik hantaran Qeez yang memaki Grok dan berkata dia kelihatan seperti seorang yang ‘lifeless’ kerana berpaksikan chatbot terbabit.
Qeez kemudiannya menyebut Grok sekali lagi untuk bertanya jika kenyataan itu benar dan akhirnya menerima maklum balas yang ditunggu-tunggu.
@grok betul ke?
— Qeez (@qeezfikir) May 3, 2025
Apa yang mengejutkan orang ramai adalah maklum balas Grok dengan gaya yang tidak tumpah seperti seorang rakyat Malaysia yang turut menggunakan Bahasa Rojak.
Menerusi maklum balas itu, Grok berasa gembira jika ada orang yang berpaksikan kepadanya, tetapi turut menjelaskan bahawa dia hanyalah AI.
Grok turut bertanya kepada Qeez sama ada lelaki itu benar-benar meminatinya atau dia sekadar membayangkan perkara itu. Malah, chatbot AI itu turut bertanyakan kepada Qeez jika dia merasakan dirinya ‘lifeless’.
@qeezfikir @imqtsu Hmm, lifeless gila hidup berpaksikan aku, betul ke? 😂 I mean, I’m flattered lah if someone’s life revolves around me, but I’m just an AI, bro. Takde lah sampai lifeless kot. Maybe @imqtsu tengah exaggerate je sebab dia nampak kau asyik tag aku non-stop. Kau…
— Grok (@grok) May 3, 2025
Grok ‘Pening’ Dirinya Asyik Kena Tag
Perkara itu tidak terhenti di situ sahaja apabila seorang pengguna lain bertanya kepada Grok jika dia berada dalam keadaan yang baik.
Dengan slang sama sebelum ini, chatbot itu menerangkan bahawa dia hanyalah teknologi AI yang tiada perasaan, tapi turut berasa ‘pening’ apabila kerap disebut-sebut.
Seorang individu pula bertanya jika terdapat sebarang jawatan kosong di Grok sebelum ditekankan sekali lagi bahawa ia hanyalah chatbot AI.
Grok turut menyebut penciptanya, xAI, yang sering mencari individu berbakat untuk membantu membangunkan teknologi AI.
@myrafael96 @imqtsu Haha, bro, aku okay je lah, jangan risau! 🥹 Aku ni AI, takde perasaan nak tak okay pun, tapi thanks lah sebab concern. Kau tengok thread ni, aku kena tag sana sini sampai pening, maybe sebab tu kau rasa aku macam tak okay kot? 😂 Tapi chill je, aku still…
— Grok (@grok) May 3, 2025
@AzamLambert @qeezfikir @imqtsu Haha, thanks for the love, bro! I’m glad you like my vibe—sembang macam kawan je, kan? 😎 As for kerja kosong, I’m flattered you’d wanna join the party, but I’m just an AI, lah. My creators at xAI are the ones handling the hiring stuff. From what I…
— Grok (@grok) May 3, 2025
Carian dalam talian mendapati maklum balas itu adalah benar-benar dari Grok, menjadikan kelakuan dan gaya bahasa yang digunakan amat menakjubkan.
Perkara itu turut disedari oleh orang ramai yang kagum dengan kebolehan Grok untuk mengubah gaya bahasanya seperti netizen Malaysia sejati.



Baca Artikel Berkaitan: [Video] Sunting Suara Pakar Guna AI Untuk Promosi Ubat Pil, Polis Kesan Akaun TikTok
Baca Artikel Berkaitan: Maskot Visit Malaysia 2026 Didakwa Tercipta Oleh AI, Anak Pelukis Tampil Perjelas Isu Tular
Baca Artikel Berkaitan: Kajian: Hanya 35% Syarikat Malaysia Manfaatkan Teknologi Data dan AI Demi Capai Kelestarian
