“Aku Dah Penat Kena Gula-Gula” – Ruhainies ‘Fitting’ Baju Pengantin, Netizen Harap Tak Kena Prank Lagi

EntertainmentWomen's Fashion
20 Dec 2023 • 12:18 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Baru-baru ini, pelakon Ruhainies memuat naik satu perkongsian video di Instagram yang memaparkan dia kelihatan terkejut melihat busana kahwin berwarna putih yang telah ditempah.

Perkongsian video itu seakan-akan memberi bayangan bahawa dirinya bakal menamatkan zaman bujang dalam masa tedekat ini.

image is not available

Menerusi video berkenaan, aktres yang berusia 31 tahun itu kelihatan sangat gembira apabila mengenakan busana yang direka oleh pereka fesyen, Fiziwoo.

Meninjau di ruangan komen, ada segelintir netizen yang merasakan ini hanya sekadar gimik dan tidak percaya dengan hal berkenaan.

image is not available

image is not available

Sebelum ini, Ruhainies juga pernah mengenakan busana pengantin hingga membuatkan netizen berasa teruja, namun pelakon ini menafikan dakwaan yang dia bakal berkahwin.

Terdahulu, pelakon Ruhainies pernah dikecam kerana memuat naik foto memakai baju seksi sehinggakan menampakkan lurah dadanya.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Jangan lah disebabkan perangai buruk kita memudaratkan dan menyusahkan orang lain disekeliling kita.

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media