Dah cuba baju pengantin, Ruhainies bakal berkahwin?

Women's Fashion
20 Dec 2023 • 10:47 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon jelita Ruhainies seolah-olah memberi bayangan bakal berkahwin selepas dilihat mencuba baju pengantin hasil rekaan pereka fesyen Fizi Woo.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Fizi memuat naik video memaparkan Ruhainies teruja sebaik melihat busana berona putih yang dihasilkan.

Malah, jelas terpancar kegembiraan pada raut wajah pelakon berusia 31 tahun itu ketika menggayakan busana tersebut seperti tidak sabar menanti hari bahagia.

Menguatkan lagi dakwaan itu, Fizi juga menggunakan tanda pagar #RuhainiesSayIDo selain menyatakan keterujaannya bagi aktres berkenaan.

“#RuhainiesSayIDo, kami sangat teruja untuk awak,” katanya.

Ruhainies bakal berkahwin?

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan sukar untuk mempercayai kerana Ruhainies kerap membuat ‘prank’ atau gurauan kononnya mahu mendirikan rumah tangga.

Susah nak percaya dah

image is not available

Prank ni…

image is not available

Dalam pada itu, warganet juga meninggalkan komen menganggap kemungkinan dia akan menjadi model untuk koleksi busana perkahwinan Fizi.

Mesti jadi model Fizi Woo punya koleksi

image is not available

Namun begitu, ada juga segelintir netizen mengucapkan tahniah kepada Ruhainies termasuklah rakan selebriti, pelakon Diana Daniell.

Saya tak menangis!

image is not available

Ruhainies bakal berkahwin? Tahniah!

image is not available

Meninjau ke Instagram pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta itu, dia tidak membuat sebarang pengesahan terhadap dakwaan tersebut namun ada meninggalkan komen emoji berbentuk terharu.

Apa-apa pun, kalau betul Ruhainies akan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi, tahniah diucapkan!

Sumber: Instagram Fizi Woo Artisanal & Ruhainies