“Aku didik dengan sabar, besarkan mereka bersama doa” – Luahan isteri Nubhan undang sebak

LocalFamily & Parenting
5 Nov 2025 • 5:36 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Isteri kepada penyanyi dan bekas peserta Akademi Fantasia, Nubhan Ahamad, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek mencuri perhatian netizen apabila berkongsi luahan penuh emosi mengenai pengorbanannya sebagai seorang ibu.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Dr. Afifah menzahirkan rasa kasih dan tanggungjawabnya dalam membesarkan anak-anak dengan penuh cinta dan kesabaran.

Luahan isteri Nubhan

image is not available

“Aku menatang mereka dengan penuh kasih, didik mereka dengan sabar, membesarkan mereka dengan doa dan harapan.

“Setiap langkah, setiap keputusan.. semuanya demi mereka,” ujarnya.

Luahan isteri Nubhan

image is not available

Netizen tersentuh

Menjengah ke ruangan komen, luahan ringkas namun penuh makna itu menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang tersentuh dengan ketulusan kata-katanya, selain memuji peranan Dr. Afifah sebagai seorang ibu yang penyayang.

image is not available image is not availableimage is not available

Terus kuat Dr Afifah

Bukan itu sahaja, ramai mendoakan agar beliau sentiasa kuat dalam mengharungi dugaan kehidupan dan menasihati agar turut mengambil berat terhadap diri sendiri.

image is not availableimage is not available

Terdahulu, Ahmad Nubhan, 39, memfailkan tuntutan hadanah (hak penjagaan penuh dan interim) terhadap isterinya, Dr Afifah Hidayah Tawfek, di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sejak September lalu.

Menurut peguamnya Mohd Redzuan Ramli, prosiding hari ini adalah sebutan pertama kes tersebut, namun Nubhan tak hadir kerana terikat dengan urusan kerja.

Mohd Redzuan berkata, anak guamnya menuntut hak penjagaan penuh termasuk urusan bermalam, lawatan hari raya, sekolah dan perkara berkaitan, namun butiran penuh tak boleh didedahkan kerana masih dalam klausa mahkamah.

Luahan isteri Nubhan

image is not available

Buat masa ini, tiga anak pasangan tersebut iaitu Aafiya Kamilia, 7, Ahmad Aaffan, 5, dan Afzan Nayille, 4, berada dalam jagaan ibu, namun Nubhan tak dihalang untuk berjumpa mereka.

Kedua-dua pihak juga difahamkan bersetuju untuk berbincang bagi mencari penyelesaian secara baik. Sebutan seterusnya ditetapkan pada 26 November.

Terdahulu, Nubhan turut memfailkan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, melibatkan lafaz pada 2017, Ogos lalu, serta satu lafaz rujuk selepas talak pertama.

Sumber: Threads @DrFie Tawfek