“Aku keracunan 5 hari” – Pelanggan Temui Ulat Sampah Dalam Makanan Dekat Restoran Di KL

29 Jul 2024 • 3:36 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang lelaki mengalami keracunan makanan sehingga 5 hari selepas makan di sebuah restoran yang terletak di Kuala Lumpur. Ianya dikongsikan menerusi satu hantaran di TikTok yang kini telah meraih 1.4 juta jumlah tontonan dalam masa 2 hari.

Dalam video tersebut, dia terlihat ada beberapa ekor ulat sampah atas sudu makanannya dan ada juga menemui ulat sampah yang agak besar itu di dalam supnya.

Dalam pada itu, lelaki ini turut menjelaskan bahawa servis di kedai makan tersebut tidak berapa elok kerana dakwanya pekerja di kedai tersebut agak slow.

Bahkan, makanan dan persekitaran di kedai tersebut seperti dapur dan tandas juga dipercayai agak kotor.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut geli apabila melihatnya bahkan ada juga yang dapat mengenal pasti kedai makan tersebut dan kongsikan pengalaman yang lebih kurang sama.

Bagaimanapun, ada yang anggap bahawa kejadian ini mungkin berlaku disebabkan tuan kedai dianiaya, mungkin ada orang dengki dengan pemilik kedai itu.

image is not available image is not available image is not available

Alamak, rasa gerun lah bila tengok macam ni, harap dapat diperbaiki mutu makanan dan pelanggan dapat lebih berhati-hati selepas ini.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.