“Aku minum arak ke, jadi kafir ke, aku tak berdosa” – Fathia Latiff Gertak Nak Keluar Islam Sebab Dibuli Netizen

Entertainment
21 Mar 2024 • 10:55 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dakwa diri seringkali dibuli, pelakon dan penyanyi Fathia Latiff menegaskan dirinya akan keluar dari agama Islam jika perkara itu masih berlarutan.

Jelasnya, jika dia meminum arak, pakai seluar pendek, bahkan jika jadi kafir sekalipun kerana bengang dengan sikap warganet membuatkan dirinya tidak berdosa, sebaliknya netizen yang mengecamnya yang menanggung dosa.

“Jangan sampai korang beribadat 100 tahun pun tak guna tau, sebab korang buat seorang saudara atau saudari korang jadi macam ni. Allah boleh maafkan, tapi kalau manusia belum tentu dia boleh maafkan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan pandangan sinis terhadap kenyataannya itu dan ada juga yang menentang pandangan pelakon yang terkenal menerusi drama Ariana Rose itu lagi.

image is not available image is not available

Mungkin bulan puasa ni, semua perlu muhasabah diri dan kita hanya perlu fokus ke arah kebaikan je.

Sumber : X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.