“Aku nak jumpa la” – Azfar Heri Teringin Nak Jumpa Aaron Chia Sebab Ramai Kata Rupa Sama

5 Aug 2024 • 5:15 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Antara perkara yang menjadi tumpuan netizen sepanjang musim Olimpik ini berlangsung adalah paras rupa atlet badminton beregu negara, Aaron Chia yang disamakan seperti pempengaruh Azfar Heri.

Boleh dilihat banyak foto perbandingan mereka berdua dan ia membuatkan Azfar Heri sendiri rasa terpanggil dan memberi respon menerusi laman X miliknya.

Kata Azfar, dia teringin bersemuka untuk bertemu dengan atlet tersebut untuk bergambar dan ia mencuri tumpuan netizen di ruangan komen.

Bagi netizen, mereka akan jadi makin mirip seandainya Azfar Heri memotong rambut pendek dan ada juga yang memberikan usikan untuk mereka berdua.

image is not available image is not available image is not available

Bila min tengok, adalah sikit sama tu dan ya, kalau Azfar Heri rambut pendek, confirm sebijik!

Sumber : X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article