“Aku Nak Mintak Tolong Je” – Pemilik Kereta Exora Kunci Patah Tampil Perjelas Perkara Sebenar, Tiada Niat Tuduh ‘Owner’ Kedai

17 Jan 2024 • 11:20 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Tular di platfrom X mengenai sebuah video yang memaparkan pergaduhan di antara pasangan suami isteri dengan pemilik kedai membasuh kereta.

Menerusi video berkenaan, difahamkan bahawa kunci kereta jenis Proton Exora milik pasangan itu telah patah selepas mereka menghantar cuci di kedai tersebut.

Malah, wanita kepada pasangan itu mendakwa dia sengaja merosakkan kunci keretanya sendiri dan menuduhnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menyebelahi pemilik kedai tersebut namun ada juga sesetengah yang menyokong pasangan itu.

Selepas isu itu telah viral, pasangan berkenaan tampil memberikan penjelasan panjang dalam sebuah video berdurasi 10 minit yang dimuat naik di Facebook.

Katanya, mereka bukan datang ke kedai tersebut semula untuk menuduhnya menyebabkan kunci patah atau menuntut ganti rugi sebaliknya ingin meminta bantuan.

Tambahan, sewaktu memberi penjelasan wanita itu mendakwa pemilik berkenaan mungkin salah faham dan menyangka dirinya dipersalahkan.

Namun, pasangan itu memohon maaf dan menyatakan mereka tidak akan meminta ganti rugi atau pergi ke tribunal.

Terdahulu, seorang wanita mengadu keretanya dicalar individu dipercayai ‘ulat parking’ kerana enggan membayar RM15 caj parkir yang dikenakan.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


https://www.tiktok.com/@ohmedia/video/7324635539494243591?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7135797539647243778