“Muka & tangan macam lelaki” – Warga Asing Menyamar Jadi Pengemis Bertudung, Cuba Buka Pintu Kereta

Entertainment
17 Jan 2024 • 1:01 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tular sebuah video di laman X yang memaparkan seorang individu dipercayai warga asing dikatakan sedang cuba untuk pecah masuk kereta di kawasan parkir di Banting, Selangor.

Dalam video yang dirakam pemilik kenderaan dan dimuat naik semula oleh akaun @MALAYSIAVIRALLL, dilihat warga asing itu memakai tudung dan menggunakan pelitup muka untuk mengelakkan mukanya daripada dikenali.

Menerusi video berdurasi 17 saat itu, warga asing terbabit sedang memegang pintu kereta dalam tempoh yang lama.

Mungkin diketahui kantoi sedang dirakam dari dalam, warga asing terbabit kemudiannya beredar dari situ.

Apa yang menjadi bualan pengguna media sosial adalah apabila melihat wajah warga asing itu menyerupai seorang lelaki.

“Seram wei, Rohingya itu buat apa pegang pintu kereta lama-lama?

“Kalau perasan muka dengan tangan dia macam lelaki dan di dada seperti ada something.

“Dia (warga asing) tak sedar ada orang dalam kereta sebab cermin gelap. Lokasi Banting,” katanya.

Netizen tertanya-tanya dengan kelakuan aneh selain risau akan motif penyamaran warga asing tersebut.

Pada masa yang sama, netizen menasihati penduduk di sekitar Banting untuk lebih berhati-hati kerana lambakan warga asing yang semakin meningkat di kawasan tersebut.

image is not available image is not available

Seramnya! Hati-hati korang bila bersendirian dalam kereta.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.