“Aku pantang betul kena sergah macam ni” – Reen Rahim Bengang Disindir Sombong Oleh Netizen

Entertainment
29 May 2023 • 7:12 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pelakon Reen Rahim meluahkan rasa berangnya menerusi Instagram kerana disindir oleh netizen, ia susulan dengan acara jualan yang dia hadiri baru-baru ini.

Dalam perkongsian itu, Reen Rahim menceritakan bahawa ada peminat mendakwa tidak dapat menemui kelibatnya ketika berada di gerai jualan dan mendakwa pelakon ini cuba mengelak dan tiada berpeluang untuk bergambar.

 

Kau ingat artis ni hamba abdi kau ke? – Reen Rahim

Menurut Reen, sindiran itu diberikan menerusi akaun TikTok miliknya dan Reen Rahim menjelaskan bahawa dia pada waktu itu pergi ke tandas.

Dalam pada itu, Reen Rahim dilihat sepeti berjiwa kental kerana menegaskan bahawa dirinya tidak sama seperti artis lain yang akan memohon maaf biarpun perkara tersebut bukanlah salah mereka.

Bagaimanapun Reen menjelaskan bahawa seandainya peminat tersebut datang kepadanya cara baik, dia akan memberikan jauh lebih baik layanan kepada peminatnya.

“Aku jadi panas, sebab baru ini ada yang viral artis di tuduh sombong.

“Mungkin artis lain sudah kena macam-macam, salahkah atau tidak mereka minta maaf walaupun tak salah. Tapi dengan aku silap kau silap,”

image is not available

image is not available

Menerusi Harian Metro, kejadian itu dipercayai berlaku selepas dia terbabit dalam acara yang berlangsung di Melaka, semalam. Hurm, macam para peminat di ruangan komen kata, artis ni pun manusia biasa, mereka pun ada penatnya,

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.