“Aku Presiden, Yang Lain Semua Ahli Biasa” – Sharnaaz Ahmad Seloroh Cerita ‘Persatuan Duda’

LocalEntertainment
7 Nov 2024 • 12:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, pelakon, Sharnaaz Ahmad berseloroh bercerita mengenai Persatuan Duda menerusi ‘live’ di akaun TikTok miliknya.

Di dalam ‘live’ tersebut, Sharnaaz Ahmad dan pedandan rambutnya sedang bercerita mengenai selebriti yang telah menjadi duda baru-baru ini.

Pelakon tersebut menggelarkan dirinya sebagai ketua bagi persatuan tersebut dan selebriti yang lain sebagai ahli biasa sahaja.

Aku presiden, yang lain ahli biasa ja. Ahli seringgit orang panggil. Aku ketua. Jadi kena hormat ketua.

image is not available

Pelakon tersebut secara spontan dan berseloroh berkata Farid Kamil bakal memasuki persatuan tersebut kerana bakal melalui proses penceraian sekali lagi.

Tu tak lama lagi nak masuk tu, Farid Kamil. Haritu dah keluar, berlagak. Ni masuk balik.

Pelakon itu turut menyenaraikan beberapa lagi nama selebriti yang bakal menyertai kelab tersebut seperti Que Haidar dan Syamsul Yusof.

Pelakon tersebut menyimpulkan bahawa tujuannya berkata sedemikian adalah untuk tujuan hiburan sahaja.

Kita bukan nak seronok pasal apa yang jadi pada mereka tapi bila dah jadi, kita buat melawak sahajalah. Nak sedih-sedih pun buat apa.

@mediahiburanofficial “Kita bukan nak seronok pasal apa yang jadi pada mereka tapi bila dah jadi, kita buat melawak sahajalah. Nak sedih-sedih pun buat apa,”- Sharnaaz Ahmad Kredit Video: Tik Tok Chez Hamdan #MHnews #MediaHiburan ♬ original sound – Media Hiburan

Sekadar info tambahan, Sharnaaz Ahmad pernah mendirikan rumah tangga bersama Noor Nabila pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020.

image is not available 4 hours ago

"Anakku Fatima, Papa Amat Merindukan Kamu" - Fattah Amin