“Aku pulak segan, masih teragak-agak” – Ramai Kagum Tengok Uncle Cina Umur 71 Tahun Lancar Baca Yasin

Entertainment
4 Aug 2023 • 11:09 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tergamam dan kagum, itu adalah reaksi netizen apabila seorang pakcik berumur 71 tahun yang berbangsa Cina ini boleh membaca Surah Yasin dengan begitu lancar.

Ia tular sejak semalam menerusi satu rakaman video yang berdurasi 1 minit 32 saat di TikTok dan mendapat tumpuan ramai.

Selain lancar membaca Surah Yasin, dilihat lelaki yang dikatakan seorang pemandu e-hailing ini juga ada membaca beberapa jenis doa bersertakan dua kalimah syahadah.

@bebasnewsmy

Pemandu Grab ni berbangsa Cina.Umur dh 71 tahun. Pagi td passengernya tya, apa rahsia walau dh berusia tp msh kuat memandu. Dia kata, dia selalu amalkan doa² dan membaca 17 ayat dri surah Yasin.Sbgi makluman, dia msh blom memeluk Islam. #yassin #uncle #cina #baca #alquran

♬ original sound – BebasNews.my – BebasNews.my

Jelas pakcik tersebut, dia membaca Yasin hanyalah sekadar ilmu pengetahuan. Menurut sumber, punca penumpang ini mendapat tahu kelancaran pakcik 71 tahun ini membaca Surah Yasin di saat dia menggunakan khidmat e-hailing dari Batu Belah ke Bukit Tinggi.

Ketika mendapat tahu umur pakcik ini, ia membuatkan penumpang tersebut merasa kagum dengannya kerana masih mempunyai ingatan yang kuat.

Bila ditanya rahsianya, pemandu tersebut menjawab yang dia membaca 17 ayat pertama Surah Yasin, siap baca dua kalimah syahadah sekali. Jelasnya lagi, kelancarannya adalah hasil pergaulan dengan rakan-rakan Melayu sewaktu bekerja dahulu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen kagum melihat pakcik ini sampaikan ada yang segan kerana tidak mampu membaca al-Quran selancar warga emas itu.

image is not available

image is not available

image is not available

Jujur, min sendiri kagum tengok pakcik ni, rasa sebak pun ada.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article