Pelawak Jep Sepahtu tampil memberikan respons selepas Shuib memohon maaf susulan konflik persahabatan mereka yang kembali menjadi perhatian ramai.
Menerusi hantaran di media sosial, Jep turut memohon maaf kepada Shuib berhubung tindakannya mengambil tindakan undang-undang selepas video berkenaan dimuat naik.
View this post on Instagram
Namun, Jep menjelaskan bahawa keputusan tersebut dibuat atas nasihat peguam kerana mendakwa kandungan video berkenaan bukan sekadar sindiran, sebaliknya melibatkan fitnah terhadap dirinya.
“Aku pun nak minta maaf sebab ketika kau keluarkan video ini, aku telah pun mengambil tindakan undang-undang atas nasihat peguam. Kerana ini benar-benar fitnah jahat terhadap diri aku. Ini bukan pasal sindir, ini pasal FITNAH.”
Konflik Bermula Selepas Video Podcast Shuib
Sebelum ini, Shuib tampil memohon maaf kepada Jep dan berharap konflik yang berlaku antara mereka dapat diselesaikan dengan baik.
Isu tersebut kembali hangat selepas tular rakaman podcast Shuib bersama Mamat menerusi Dol Podcast yang didakwa menyentuh mengenai pengalaman mereka ketika bersama kumpulan Sepah dan Sepahtu, termasuk soal bayaran persembahan.
Perkara itu kemudian mendapat perhatian Jep yang tampil menyuarakan rasa terkilan menerusi media sosial.
Respon Video Shuib, Jep Ambil Tindakan Undang-Undang
Dalam respons terbaharunya, Jep mendedahkan bahawa dia telah mengambil tindakan undang-undang berhubung video tersebut selepas mendapatkan nasihat daripada peguam.
Bagaimanapun, berdasarkan perkongsiannya, Jep turut mengambil langkah untuk memohon maaf kepada Shuib atas tindakan berkenaan.
Perkembangan terbaharu itu memberi gambaran bahawa konflik antara dua sahabat yang sudah lama mengenali antara satu sama lain tersebut bukan sekadar isu perselisihan faham biasa, malah turut membabitkan dakwaan fitnah yang menyebabkan tindakan undang-undang diambil.
Sebelum ini, Shuib turut menyatakan harapan agar hubungan mereka dapat kembali jernih selepas apa yang berlaku.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Aku Minta Maaf, Kita Dah Kenal Separuh Hidup Aku.." - Shuib Tampil Buat Permohonan Maaf, Harap Konflik Kembali Jernih
The post “Aku Pun Minta Maaf, Aku Dah Ambil Tindakan Undang-Undang” – Jep Sepahtu Respon Video Permohonan Maaf Shuib first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.



![“Bukan Pasal Sindir, Ini Fitnah” – Ini Respon Jep Selepas Shuib Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/jep-ambil-tindakan-undang-undang-ke-atas-shuib.jpg?t=1792050495)


