“Bukan Pasal Sindir, Ini Fitnah” – Ini Respon Jep Selepas Shuib Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka [Video]

LocalEntertainment
15 Oct 2026 • 3:47 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

“Bukan Pasal Sindir, Ini Fitnah” – Ini Respon Jep Selepas Shuib Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka [Video]

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Minggu lalu, kecoh di media sosial mengenai perbalahan antara pelawak Jep Sepahtu atau nama penuhnya Mohd Nadzri Zainal Abidin bersama rakan seperjuangannya Shuib.

Dakwa Jep, Shuib masih ‘menunggang’ dan memainkan sentimen persahabatan dalam kandungan podcast yang disiarkan selain memburukkan namanya di khalayak ramai.

Baca Artikel Berkaitan: “Dah Tersangat Muak Dengan Isu Ini”- Jep Sepahtu Luah Kecewa, Dakwa Shuib Masih ‘Tunggang’ Sentimen Persahabatan

Shuib Tampil Mohon Maaf, Akui Khilaf Kerana Sindir Jep Di Dalam Podcast

Terbaharu, Shuib menerusi hantaran di laman Threads telah bersuara dan tampil memohon maaf kepada Jep atas kekhilafan dan keegoannya selama ini.

Jelasnya, hantaran dimuat naik Jep pada 8 Oktober lalu telah menyebabkan dia, ahli keluarga dan perniagaan diperli, dimaki, dihina dan menerima kecaman dari orang ramai.

View on Threads

Jep Turut Tampil Mohon Maaf Namun Teruskan Ambil Tindakan Undang-undang Ke Atas Fitnah Ditujukan

Selepas satu jam Shuib memuat naik permohonan secara terbuka, Jep menerusi hantaran di Threads turut memohon maaf kerana menurutnya, dia telah pun mengambil tindakan undang-undang atas nasihat peguam berhubung kenyataan dikeluarkan Shuib di dalam podcast.

Jep menyifatkan kenyataan Shuib itu berunsur fitnah dan bukanlah boleh dikategorikan sebagai sindiran semata-mata seperti didakwa Shuib dalam video permohonan maafnya.

“Aku pun nak minta maaf sebab ketika kau keluarkan video ini, aku telah pun mengambil tindakan undang-undang atas nasihat peguam.

“Kerana ini benar-benar fitnah jahat terhadap diri aku. Ini bukan pasal sindir, ini pasal fitnah,” katanya.

View on Threads

Shuib Mohon Maaf Selepas Dia & Mamat Dikatakan Sindir Jep Dalam Podcast Dol’s

Sebelum ini, Shuib memohon maaf kerana dia bersama Mamat Sepahtu telah menyindir Jep di dalam podcast Dol’s episod bersama pelawak dan pelakon, Azlee Senario.

“Saya telah pun WhatsApp Jep dengan penuh rendah diri memohon maaf di atas kekhilafan saya bersama Mamat menyindir dia di Dol’s podcast.

“Saya kira dia telah pun menerima mesej tersebut dan telah pun membacanya. Wallahu a’lam. Saya penuh kesal dan memohon maaf kepada dia berulang kali. Saya anggap ini ujian untuk saya dan balasan kekhilafan saya dalam berkata-kata,” ujarnya.

Dalam pada itu, Shuib juga menjelaskan bahawa BubbleBee telah pun membuat ansuran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selama sebulan bermula Januari 2026 hingga sekarang.

Shuib Turut Maafkan & Halalkan Segala Hinaan Serta Fitnah Diterima

Shuib sekali lagi memohon maaf kepada orang ramai yang tidak bersetuju dengan tindakannya di dalam podcast.

“Saya sedar saya bukan manusia yang sempurna, selalu buat salah, selalu buat dosa, jadi saya mohon maaf atas kekhilafan saya. Saya halalkan dan maafkan kepada sesiapa sahaja yang mengecam, menghina atau memfitnah saya, isteri, anak-anak, keluarga dan perniagaan.”

Shuib Mohon Orang Ramai Tidak Boikot Perniagaannya

“Saya mohon berhentilah membuat apa-apa lagi andaian, kecaman, makian ataupun fitnah ke atas saya, isteri saya Wati, anak-anak, keluarga dan perniagaan.

“Sepah Penyet, BubbleBee, Nusara Foods Sambal Hitam adalah perniagaan yang sah dan inilah dia sumber pendapatan keluarga saya sekarang. Inilah yang saya jalankan sekarang untuk membayar hutang syarikat iaitu BubbleBee.”

Dia juga memohon agar orang ramai tidak memboikot bisnes atas punca kekhilafannya sendiri.

‘Kejayaan Yang Kita Pernah Capai Aku Simpan Sebagai Kenangan, Minta Maaf Atas Keegoan Aku’ – Shuib

Di akhir perkongsian, Shuib turut memberi pesanan dan kata-kata kepada Jep memandangkan mereka pernah bekerja dan bersama-sama menaikkan nama Sepahtu sebelum ini.

“Kalau kau tengok video ni Dok (Jep). Aku mohon maaf Dok. Kita kenal dah nak dekat 20 tahun, hampir separuh daripada hidup aku. Aku takkan boleh menidakkan kenangan yang telah pun kita bina selama ni.

“Sepanjang kita bekerjasama, susah senang yang kita pernah lalu, kejayaan yang pernah kita capai, ianya akan aku simpan sebagai satu kenangan yang paling indah dalam hidup aku.

“Aku minta maaf di atas kekhilafan dan keegoan aku. Aku halalkan segalanya. Aku doakan kau. Aku doakan keluarga kau Sariyanti (isteri Jep), Allah beri rahmat dunia akhirat. Sekali lagi Dok aku minta maaf, semoga Allah uruskan permasalahan kita dengan baik,” titipnya.

Baca Artikel Berkaitan: Terpalit Isu KWSP Pekerja, Shuib Nafi Hidup Mewah Cuma Suka Main Golf

Baca Artikel Berkaitan: Elak Reputasi Terjejas, Bubblebee Henti Usahasama Dengan Rakan Kongsi Di 4 Cawangan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved