”Aku Tahu Kau Kuat” – Mawi Titip Semangat Buat Syamsul Yusof

Entertainment
18 Aug 2026 • 2:28 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Penyanyi, Mawi berkongsi momen pertemuan semula bersama sahabatnya yang juga pengarah, Syamsul Yusof selepas sekian lama tidak bersemuka.

Menerusi hantaran di Threads, Mawi mengakui dirinya begitu larut ketika mendengar pelbagai kisah serta ujian yang dilalui Syamsul.

Mawi lama tak jumpa Syamsul Yusof

Image from: ”Aku Tahu Kau Kuat” – Mawi Titip Semangat Buat Syamsul Yusof

Mawi turut berseloroh bahawa cara Syamsul bercerita membuatkan dirinya seolah-olah berada dalam kisah yang disampaikan.

Lepak dengan Syamsul Yusof dari 12 tengah malam sehingga 5 pagi. Lama kami tak berjumpa. Dengar cerita ujian dan pengalaman dia, aku tak sedar aku masuk dalam ceritanya (larut).

Dalam hati aku berkata, ‘Patutlah dia hebat buat filem, dia bercerita sampai aku termasuk dalam ceritanya’.

“Aku tahu kau kuat Sol” – Mawi

Mawi

Dalam hantaran sama, Mawi menitipkan kata-kata semangat buat Syamsul selain mengenang jasa sahabatnya itu yang pernah membantunya ketika berdepan ujian kesihatan satu ketika dahulu.

Aku tahu kau kuat Sol, sahabat yang banyak bantu aku. Dulu waktu aku pernah sakit misteri, Sol adalah salah seorang yang merawat dan ruqiah aku. Terima kasih Sol. Jom buat comeback.

Perkongsian tersebut turut mengundang perhatian peminat yang berharap pertemuan semula Mawi dan Syamsul bakal membawa kepada kerjasama baharu antara mereka.

Malah, ada yang berharap kedua-duanya dapat kembali berkarya bersama, sama ada dalam bidang muzik mahupun lakonan.

Nota Oh! Media:
Persahabatan yang ikhlas tetap dihargai walaupun sudah lama tidak berjumpa. Semoga pertemuan semula Mawi dan Syamsul menjadi permulaan kepada sesuatu yang baik dan karya baharu untuk peminat.

Sumber: Threads
Ikuti Perbincangan: Whatsapp, Facebook, Threads dan Instagram.

The post ”Aku Tahu Kau Kuat” – Mawi Titip Semangat Buat Syamsul Yusof appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved