“Aku Tak Cakap Wife Hina Aku” – Suami Norreen Iman Tampil Jelaskan Isu ‘Lelaki Jangan Miskin’

EntertainmentLifestyle
5 May 2026 • 11:38 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Sebelum ini, perkongsian suami kepada pempengaruh Norreen Iman iaitu Razzi Razak mengenai ayat ‘lelaki jangan miskin’ hangat diperkatakan dan mendapat pelbagai reaksi netizen di media sosial.

Terbaru, Razzi akhirnya tampil bersuara bagi menjelaskan situasi sebenar selepas dirinya menjadi bahan bualan ramai.

Razzi nafi libatkan isteri, jelaskan tujuan sebenar video

razzi razak

Menerusi satu perkongsian, Razzi menegaskan bahawa video yang dimuat naik sebelum ini tidak ada kaitan dengan isterinya seperti yang didakwa segelintir pihak.

Image from: “Aku Tak Cakap Wife Hina Aku” – Suami Norreen Iman Tampil Jelaskan Isu ‘Lelaki Jangan Miskin’
Kredit foto: Thread Razzi Razak

Menurutnya, video tersebut hanyalah sebagai motivasi diri dan bukannya untuk menyindir mana-mana pihak.

suami norreen iman
Kredit foto: Thread Razzi Razak

Dalam masa sama, Razzi turut meluahkan rasa kurang senang apabila dirinya menjadi viral disebabkan tajuk yang digunakan oleh pihak lain.

Luahan itu menunjukkan bahawa dia tidak bersetuju dengan naratif yang dibentuk sehingga menyebabkan dirinya dikecam oleh netizen.

Pssttt! Dalam dunia media sosial hari ini, satu ayat atau tajuk boleh mengubah keseluruhan persepsi orang ramai. Penting untuk kita nilai sesuatu isu secara menyeluruh sebelum terus menghukum. Apa pun, setiap orang ada cara sendiri untuk bangkit dan cari rezeki.

Kredit: Thread Razzi Razak
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “Aku Tak Cakap Wife Hina Aku” – Suami Norreen Iman Tampil Jelaskan Isu ‘Lelaki Jangan Miskin’ appeared first on Oh! Media.
View Original Article