“Aku Tak Minat Sangat Teh Tapi..” – Tumpah ‘Teh’ Isu Bella & Sophia, Hisyam Hamid Beri Respon Santai?

EntertainmentLifestyle
6 Aug 2025 • 12:22 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Timbul spekulasi hangat di media sosial selepas pelakon kacak Hisyam Hamid mendedahkan bahawa beliau sebenarnya dijadualkan menjadi penyampai anugerah Selebriti Feminin Terhangat di Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2025 namun ditukar pada saat akhir.

Dalam satu hantaran yang kini sudah dipadam, Hisyam secara terbuka berkongsi perkara itu, sekali gus mengejutkan ramai yang baru menyedari Bella Astillah bukanlah pilihan asal untuk menyampaikan anugerah yang akhirnya diberikan kepada Sophia AlBarakbah iaitu wanita yang pernah dikaitkan dengan Aliff Aziz.

Tindakan itu membuat ramai tertanya-tanya, adakah Bella diletakkan dalam situasi ‘perangkap’ secara sengaja, bagi mencetuskan detik panas di pentas?

image is not available

Selepas kecoh, Hisyam memuat naik satu lagi kenyataan bersifat sinis di Threads seolah-olah memberikan klu tentang isu yang sedang diperkatakan itu,

“Aku tak minat sangat teh… pagi tadi dua cawan kopi. La ni, lain sikit la… all love.”

image is not available

Ramai menganggap ia sindiran tajam, seolah-olah kini dia sendiri ‘menikmati teh’ (drama) yang sedang berlaku selepas ‘twist’ di pentas AMT itu menjadi tular.

image is not available 2025-08-05 10:22:13

"Patutnya Hisyam Hamid.." - Melodi Kantoi Tukar Penyampai Anugerah Saat Akhir, Bella Jadi Mangsa?