“Aku tak suka apa orang cakap apa aku boleh buat” – Influencer Dikecam Nak Buka Hijab Dalam Podcast Seram

Entertainment
8 Apr 2024 • 5:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kenyataan daripada seorang pempengaruh telah mengundang rasa kurang senang netizen dalam satu podcast yang dikelolakan oleh pelakon Safwan Nazri.

Pempengaruh yang dikenai sebagai Space Dollah ini menjadi tetamu undangan untuk podcastnya berkenaan dengan pengalaman-pengalaman seram yang panel pernah alami.

Dalam podcast tersebut, isu yang dikupas adalah pendirian panel samada percaya kewujudan makhluk halus atau tidak. Dirumuskan bahawa, pempengaruh tersebut tidak mempercayainya kerana anggap tidak logik.

Nak dipendekkan cerita, isu berkenaan dengan hijab terbuka mula timbul apabila Safwan mendedahkan pengalamannya ketika terlibat dalam satu telefilem yang berjudul, Hijab Rejab. Dia menjelaskan ketika itu ada berjumpa dengan beberapa individu yang memiliki kelebihan ‘hijab terbuka’. Ia dilakukan Safwan semata-mata untuk mendalami watak di dalam telefilem itu.

Antara individu yang dijumpai adalah orang yang hijabnya terbuka sejak dari kecil dan individu yang ingin membuka hijabnya sendiri dan menyesal dengan tindakannya itu. Perkongsian daripada Safwan telah menarik perhatian Space Dollah dan situasi dilihat agak tegang apabila pempengaruh itu teringin membuka hijabnya.

Sebagai seorang rakan, Safwan menasihati agar tidak melakukan sedemikian namun ditempelak oleh pempengaruh tersebut seperti dalam situasi video di bawah ini.

Bagaimanapun, Space Dollah menjelaskan bahawa niat dia bukanlah mahu tunjuk hebat, namun dia tertanya-tanya tentang keberadaan ‘makhluk halus’ ini. Kenyataan sebegitu telah mengundang kecaman netizen.

Ada netizen yang menjelaskan bahawa buka hijab bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main, apatah lagi ada individu yang hijabnya terbuka sejak dari kecil tidak mahu ‘kelebihan’ itu dan mahu menutupnya

image is not available image is not available

Hurm, min macam nak tunggu apa jadi selanjutnya nanti.

Sumber : TikTok, YouTube

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article