“Aku tidak lupa siapa yang membuang ketika aku…” – Eda Ezrin Bersuara Selepas Bebas Dari Penjara Thailand

Entertainment
8 Aug 2025 • 5:27 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penyanyi lagu Bae Sobar Bae, Eda Ezrin akhirnya bersuara selepas dibebaskan dari tahanan Penjara Pusat Wilayah Narathiwat, Thailand, pada Rabu.

Eda atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, meluahkan rasa syukur dan sebak apabila mengenang kembali detik sukar yang berlaku dalam hidupnya.

Menerusi satu hantaran di Instagram Storynya, Eda mengakui ujian yang diterimanya bukan mudah namun terharu kerana mendapat kekuatan dari keluarga dan pihak yang menyokong untuk dirinya terus bertahan.

“Alhamdulillah tidak ada kata yang mampu menggambarkan rasa syukur dan sebak yang saya rasakan saat ini.

“Setelah melalui detik-detik yang begitu mencabar dalam hidup, akhirnya saya kembali menjejak tanah air tercinta.

“Terima kasih kerana tidak pernah membelakangnya saya. Izinkan saya menyusun semula langkah perlahan-lahan dengan penuh harapan dan doa. Moga Allah membalas setiap kebaikan kalian,” tulisnya.

image is not available

Menerusi perkongsian berasingan, Eda dilihat memuat naik video beserta kapsen berupa pesanan seolah-olah meluahkan isi hatinya.

“Aku tidak akan pernah lupa tangan siapa yang menolongku di saat susah dan kaki siapa yang melangkah di saat aku minta tolong.

“Dan aku pun tidak lupa juga siapa yang membuang muka ketika aku sedang meminta tolong.”

image is not available

Semalam, media melaporkan Eda dibebaskan sepenuhnya selepas hampir sembilan bulan ditahan dalam penjara Narathiwat.

Pembebasan Eda dibuat selepas Mahkamah Wilayah Narathiwat mendapati tiada bukti kukuh yang mengaitkan dia dan lima individu lain dengan pemilikan 6,059 pil methamphetamine yang ditemui di sebuah bilik hotel di Sungai Kolok pada November tahun lalu.

Tetapi, kesemua tertuduh bersalah atas tuduhan penggunaan dadah dan menjatuhkan hukuman penjara enam bulan serta denda sebanyak 4,000 baht setiap seorang.

Sumber: Xtra, Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.