Akui kehebatan, Khabib pelawa Johan Ghazali berguru dengannya di Dagestan

29 Sep 2024 • 6:44 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Jaguh seni bela diri campuran (MMA) Dunia, Khabib pelawa Johan Ghazali yang merupakan bintang muay thai negara untuk berlatih di pusat latihannya di Republik Dagestan, usia.

Khabib Nurmagomedoy berkata, beliau sentiasa mengalu-alukan kehadiran Johan Ghazali atau lebih dikenali Jojo sekiranya atlet berusia 17 tahun itu memutuskan untuk beralih ke sukan MMA pada masa hadapan.

image is not available

Khabib pelawa Johan Ghazali

Juara lightweight UFC itu juga menyifatkan Jojo sebagai salah satu ‘pejuang’ terbaik dan mengucapkan selamat maju jaya dalam karier, khususnya dalam aksi perlawanan ONE Championship.

“Saya baru sahaja berjumpa dengannya (Jojo) di belakang pentas. Saya tahu dia masih muda, dan saya tahu dia seorang ‘penyerang’ yang hebat. Saya hanya ingin ucapkan yang terbaik untuknya.
“Dia (Jojo) beritahu saya, di masa depan dia mahu beralih ke MMA setelah selesai dengan sukan yang diceburinya sekarang.
“Apabila dia beralih ke MMA, dia sentiasa dialu-alukan ke Dagestan untuk berlatih bersama kami, terutamanya untuk meningkatkan kemahiran gustinya. Dia sentiasa dialu-alukan,” kata Khabib dalam satu sidang media di Pusat Dagangan Dunia (WTC), hari ini.

image is not available

Dalam pada itu, beliau akui negara ini perlu mempunyai sistem latihan yang terbaik jika Malaysia mahu melahirkan jaguh MMA bertaraf dunia.

Sementara itu, beliau turut tidak menolak kemungkinan membuka pusat latihan di Malaysia dan pernah memikirkan mengenai rancangan itu dengan membawa jurulatih terbaik dalam membangunkan sukan MMA di sini.

Difahamkan, Khabib Nurmagomedov berada Malaysia bagi menghadiri acara khas anjuran Faith Events dan dipengerusikan oleh selebriti terkenal Malaysia, Alif Satar, yang turut berinteraksi bersama atlet legenda kelahiran Dagestan, Rusia itu.

image is not available

Pemegang rekod juara kelas lightweight Ultimate Fighting Championship (UFC) yang tidak pernah kalah pada 2021 dengan rekod 29-0 itu akan berkunjung ke Indonesia untuk rancangan temu bual ”The Path of a Champion’.

Sumber: Harian Metro (Aida Adilah Mat)