Akui Kekhilafan, PU Syed Padam Video Teguran & Mohon Maaf Pada Aisar Khaled - “Cuma Yang Tersebar Atau Menyebarkan…”

20 Mar 2025 • 5:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penceramah bebas yang dikenali sebagai PU Syed tampil memohon maaf terhadap Aisar Khaled disebabkan salah faham dengan video yang tular mengenai pempengaruh itu.

Timbul fitnah

Menerusi perkongsian di laman sosial, PU Syed turut menegaskan pihak yang menyebarkan video tersebut perlu bertanggungjawab ke atas apa yang dilakukan sehingga menimbulkan fitnah.

 

“Teguran kepada pempengaruh Aisar Khaled saya telah padam dan memohon maaf kepadanya kerana segala yang tersebar itu dinafikan dan dikatakan bahawa ianya adalah bukan kesalahannya.

 

“Cuma yang tersebar atau menyebarkan video itu perlu bertanggungjawab atas apa yang mereka lakukan,” kongsinya.

Akui khilaf

Bagaimanapun, pada perkongsian yang sama PU Syed juga mengakui kekhilafannya ketika memberi nasihat kepada Aisar sebelum ini.

 

“Hari ini hari yang mengajar banyak perkara kepada saya. Saya padam status teguran tersebut dan memohon maaf, tidak hina orang yang mengakui kesilapan.

 

“Semoga Allah menjadikan kita semua dalam kalangan hambaNya yang patuh segala perintah dan larangan,” katanya lagi.

Terdahulu, pendakwah tersebut memberi teguran selepas selepas tular video-video yang menunjukkan pergaulan bebas dan berharap agar Aisar menggunakan kekayaan pada jalan yang sepatutnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved