Akui suka lelaki poket tebal, Anju dalam fasa ‘getback’ dengan bekas tunang

30 Aug 2023 • 11:57 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Baru-baru ini, selebriti kontroversi, Zarina Anjoulie dan bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey dilihat telah keluar bersama apabila lelaki berkenaan berkongsi momen tersebut di media sosial.

Pastinya ia menjadi perhatian ramai setelah saling membongkar aib sebelum berpisah sekitar awal tahun kelmarin.

@alfayeds.8

#fyp @zarinaanjoulie_ cepatlah i tunggu dah ni … you lambat i tinggal… #selamattinggal Tq jumpa kita ok

♬ IKLIM_Mimpi yang pulang – ꧁ . _ ꧂

Tak tolak sebarang kemungkinan jika berjodoh

Menjawab pelbagai persoalan netizen berhubung kemesraan mereka yang seakan kembali bertaut, Zarina atau biasa disapa Anju telah memuat naik video bercakap mengenai hubungannya kini dengan bekas tunang.

Ujarnya, dia tidak menolak sebarang kemungkinan akan kembali bersama kerana tahu bahawa jodoh dan ketentuan sudah ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Memang suka lelaki berduit

Dia juga menjelaskan kepada netizen berhubung tohmahan-tohmahan yang mengatakan dia kembali kepada Datuk tersebut kerana berpoket tebal.

“Cerita pasal anju n dato get back balik…Well we r heading there tapi jodoh di tangan Allah. At this point im just goin where my life takes me…

“Adakah aku berbalik pada dia pasal pocket dia tebal ? Yes itu adalah salah satu sebab nya. Lantak kau la nak laki miskin thats on u.”

“Aku suka keluar dgn laki berduit,”ujar Anju.

image is not available

Tak nak tanggung lelaki biawak hidup

Dia juga menegaskan sudah tidak sanggup untuk menanggung lelaki biawak hidup seperti sebelum ini namun menghormati pilihan mana-mana wanita yang rela memilih pasangan sebegitu untuk dijadikan peneman hidup.

image is not available

Serah jodoh di tangan Allah

Menjengah ke hantaran terbaru bekas tunang Anju di TikTok, dia telah berkongsi momen mereka keluarga keluar bersama anak masing-masing dan terlihat bahagia seperti awal-awal bercinta dahulu.

Dalam kapsyen yang disertakan, Datuk Seri Khazrul Elzey berseloroh dengan meminta agar netizen tidak cemburu dengan kemesraan mereka kerana jodoh dan pertemuan itu adalah hak Allah S.W.T.

“Kita up lagi lah …. our memories. Jangan la cemburu awak2. Semua jodoh pertemuan itu hak Allah. kami berserah!” tulisnya.

@alfayeds.8

#fyp kita up lagi lah …. our memories @zarinaanjoulie_ jgn la cemburu awak2 semua jodoh pertemuan itu hak Allah. kami berserah!

♬ Mekar Di Jiwa – X-Ray

Untuk rekod, Zarina Anjoulie dan Datuk Seri Khazrul Elzey pernah bertunang sekitar Januari lalu sebelum dikhabarkan putus dua minggu selepas majlis.

Pelbagai pendedahan aib telah dikongsikan di media sosial oleh kedua-dua pihak melibatkan hal-hal peribadi sehingga membuatkan netizen terkejut dengan apa yang mereka kongsikan.

Sumber: Instagram Zarina Anjoulie, TikTok alfayeds.8