Pernah saling bongkar aib, Anju & bekas tunang nampak mesra keluar bersama

27 Aug 2023 • 3:19 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Awal tahun 2023, selebriti kontroversi, Zarina Anjoulie pernah berkongsi momen bahagia apabila bertunang dengan usahawan dikenali sebagai Datuk Seri Khazrul Elzey.

Akan tetapi, tali pertunangan mereka bertahan beberapa minggu sahaja apabila masing-masing saling membuka aib di media sosial sehingga hubungan tersebut putus.

Nampak mesra macam dulu

Namun begitu, menerusi perkongsian terbaru Datuk Seri Khazrul Elzey di TikTok, dia telah memuat naik momen mesra dengan Zarina Anjoulie atau mesra disapa Anju dalam satu pertemuan baru-baru ini.

@alfayeds.8

#fyp @zarinaanjoulie_ cepatlah i tunggu dah ni … you lambat i tinggal… #selamattinggal Tq jumpa kita ok

♬ IKLIM_Mimpi yang pulang – ꧁ . _ ꧂

Menerusi kapsyen yang disertakan, lelaki berkenaan secara berseloroh meminta agar Anju bergerak lebih cepat dan jika lambat terpaksa dia meninggalkan selebriti berkenaan.

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada Anju atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul.

“Cepatlah I tunggu dah ni. You lambat I tinggal. Tq jumpa kita ok,” tulisnya.

image is not available

Dulu bukan dah pung pang buka aib memasing ke?

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tertanya-tanya tentang status hubungan mereka sama ada sekadar kawan atau sudah berbaik-baik semula.

Walaupun ada di antara netizen yang memerli usahawan berkenaan dan Anju dengan pelbagai kisah lampau, namun kebanyakan daripada mereka tetap mendoakan supaya pasangan tersebut berjodoh semula.

image is not available

Kalau jodoh tak ke mana

image is not available

Seronok tengok saling berbaik-baik

image is not available

BIncang pasal buat pagar lagi ke?

image is not available

Jika benar bersama kembali, cepat2 la kahwin

image is not available

 

Sumber: TikTok alfayeds.8