Akui Sukar Istiqamah, Nora Danish Syukur Rakan-Rakan Banyak Bantu Proses Hijrah - “Kena Tanam Sifat Ingin Berubah Walaupun Belum Sampai Masanya”

4 Sep 2024 • 2:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Aktres jelita, Nora Danish mengakui proses istiqamah menjadi ujian sebenar pada setiap individu kerana ia berbeza-beza.

Proses Istiqamah Sukar

“Memang susah, sekarang pun masih belajar.

“Saya cuma dengar pesanan-pesanan mereka yang lebih arif. Jadi saya sedang praktikkan perkara itu sebab saya tahu industri kita memang sangat mencabar.

“Saya cuba juga dengan harapan doa-doa daripada anda semua untuk terus mendoakan saya istiqamah,” katanya kepada Gempak.

Rakan Sentiasa Sokong

Dalam pada itu, Nora bersyukur apabila rakan-rakannya sentiasa memberi sokongan dalam penghijrahannya untuk menjadi muslimah yang lebih baik.

“Saya sebenarnya bersyukur sangat diberi peluang untuk sertai kelas ilmu agama sebab saya pun datang dari latar belakang keagamaan yang tak kukuh. Ibu saya juga seorang mualaf.

“Jadi bila dapat dorongan daripada kawan-kawan untuk sertai majlis ilmu sebegitu saya syukur sangat.

“Saya harap dengan adanya perkara itu dapat dekatkan lagi dengan Yang Maha Pencipta,” ujarnya.

Berusaha Perbaiki Diri

“Kita kena tanam sifat ingin berubah itu mendalam walaupun belum sampai masanya tetapi saya percaya dengan aturan Allah itu pasti akan tiba masanya untuk kita istiqamah tapi dengan syarat kita perlu usaha.

“Usaha bukan saja luaran, tetapi dalaman juga seperti berzikir, berbuat baik dengan orang, berdoa bersungguh-sungguh, solat tahajud semuanya daripada hati.



View Original Article