Akui Watak Beremosi Beri Kesan, Puteri Balqis Pilih Untuk Bertenang Sebelum Kembali Bekerja

9 Nov 2026 • 5:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Akui Watak Beremosi Beri Kesan, Puteri Balqis Pilih Untuk Bertenang Sebelum Kembali Bekerja

Dek kerana perlu menghayati karakter yang sarat dengan emosi, pelakon, Puteri Balqis mengakui sering menitiskan air mata ketika menjalani penggambaran drama terbaharu lakonannya yang berjudul Dua Nyawa.Menurut  Puteri Balqis Azizi atau lebih mesra disapa Aqish, penghayatan terhadap watak tersebut adakalanya memberi kesan kepada emosinya sehingga terbawa-bawa di luar set penggambaran.Jelasnya, setiap kali menerima skrip, dia akan membayangkan situasi dan babak yang perlu dilakonkan sebelum mendapatkan pandangan pengarah mengenai pendekatan terbaik untuk menjayakan karakter berkenaan.“Banyak yang akan terbawa-bawa lagi bila kita membayangkan karakter.“Bila kita dapat skrip, kita akan membayangkan setiap set. Jadi, kita akan berbincang dengan pengarah tentang bagaimana kita hendak memainkan watak tersebut,” katanya kepada Gempak.Aqish berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media drama Dua Nyawa yang berlangsung di Diamond Lounge, Pavilion Damansara Heights, baru-baru ini.Bagaimanapun, pelakon drama Anugerah Tanpa Cahaya itu bersyukur kerana mempunyai keluarga dan pasukan produksi yang sentiasa memberikan sokongan, sekali gus membantunya menjaga kesihatan mental sepanjang penggambaran.“Ia memang akan terbawa-bawa, tetapi kalau kita cukup kuat dari segi mental dan mempunyai persekitaran yang baik seperti saya, keluarga dan pasukan saya sangat menjaga mental saya.“Jadi, saya cuma mengambil masa untuk diri sendiri, bertenang dan kemudian kami kembali bekerja seperti biasa,” ujarnya.Sekadar info, drama arahan Riza Baharudin itu turut dibintangi Zarif Ghazzi, Jazmy Juma, Vanidah Imran, Datuk Eizlan Yusof, Atilia Haron dan Kodi Rasheed.Dua Nyawa bakal menemui penonton bermula 13 November 2026 menerusi platform penstriman iQIYI.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved