“Al-Fatihah Buat Syurga Saya” – Lelaki Meraung Dapat Berita Ibu Meninggal, Nasihat Jangan Silent Telefon

Entertainment
12 Jul 2024 • 3:05 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Semua orang mesti sedih kalau ibu atau bapa meninggal satu hari nanti. Tular di TikTok, video seorang lelaki meraung apabila menerima berita ibu kandung meninggal dunia semasa dia bekerja.

Katanya, dia tak menyedari panggilan telefon dari ibu angkat kerana masih bekerja dan telefon bimbitnya sedang dicaj.

Sebaik mengetahui berita pemergiannya itu, dia dilihat meraung dan terus hilang arah di tempat kerjanya.

Call incas, minta supervisor tolong cakapkan nak ambik emergency leave. Nak cakap sendiri memang tak terkeluar apa perkataan dari mulut sendiri.

@ebytaksalah

hilang doa dari seorang ibu , rasa gelap dunia

♬ suara asli – dimas – nekoo

Tambahnya, walaupun tak dibesarkan oleh ibu kandung, kehilangannya masih dirasai.

Al-Fatihah buat syurga saya. Walau tak dibesarkan oleh ibu kandung, arwah tetap syurga saya.

Anak perantau jangan silent phone.

Menerusi pemantauan kami, video tersebut telah dipadam oleh pemilik kerana penyalahgunaan kamera litar tertutup. Apapun, semoga ibunya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

image is not available

Jap!