“Wajahnya jernih seperti tersenyum” – Pengasuh Muhammad Akil Sebak Ketika Mandikan Jenazah

Entertainment
12 Jul 2024 • 3:50 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hari ini, kita dikejutkan dengan berita pemergian adik Muhammad Luth Syauqi yang merupakan mangsa keracunan keropok di kebun.

Beberapa hari lalu, abang kepada Muhammad Luth, Muhammad Akil meninggal dunia selepas bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).

image is not available

 

Pengasuh kepada Muhammad Akil Syauqi Nur Sufyan yang berusia 3 tahun itu berkongsi jenazah arwah dalam keadaan yang sangat jernih dan diibaratkan sedang tersenyum.

Dalam laporan Kosmo!, Siti Fadilah Hashim berkata dia berasa sayu dan kerap kali terkenangkan detik-detik indah ketika menjaga arwah dari usia enam bulan hingga kanak-kanak itu berusia setahun.

“Saya menggosok badan arwah dan walaupun muka sedikit bengkak, wajahnya nampak jernih seperti tersenyum.

Arwah sangat manja dengan saya dan suami. Malah, Akil panggil saya dengan panggilan mama,” katanya.

Siti Fadilah berkongsi dia menjaga Muhammad Akil kerana ibu arwah be­kerja di sebuah kilang dan akan turut membawanya bersama jika bercuti.

“Semua itu tinggal kenangan, saya dan suami sangat sedih kerana dulu kami rapat. Kami terkejut apabila dimaklumkan Akil kritikal akibat termakan racun sebelum meninggal dunia,” katanya.

Difahamkan, dia kali terakhir menemui arwah adalah pada Hari Raya Aidilfitri tahun lalu ketika ibunya membawa arwah datang ke rumah.

Al-Fatihah

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.