
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun disyaki lemas setelah terjatuh ke dalam longkang sedalam satu meter telah ditemui.
Berita duka itu dimaklumkan menerusi Facebook Melaka Daily dan juga hantaran tular di aplikasi X.
Menurut hantaran itu, setelah operasi mencari Muhammad Danish dilakukan oleh bomba, jasad kanak-kanak itu akhirnya telah ditemui di kawasan perumahan Taman Desa Baru.
“Dimaklumkan anak kepada(Mohd Faizal Ma'arof) yang terjatuh dan lemas di Bukit Baru telah ditemui sebentar tadi.
“Jenazah akan dibawa ke Hospital Melaka dan solat jenazah di Surau Al-Mubarak, Taman Pokok Mangga.
“Mari kita sama sama mendoakan semoga roh anak kecil ini sentiasa dirahmati dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Insya-Allah.
“Terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka serta semua yang membantu bertungkus lumus mencari anak syurga ini,” maklum hantaran tersebut.
Update : adik Danish telah dijumpai jam 920 pagi tadi. https://t.co/cR4g6mipuN pic.twitter.com/8gr8UMCJNq
— ?? saya SIS. bukan BRO. (@hanimkurus) November 26, 2023

