“Al Khawla Dan Abang Tunggu Kat Syurga Ya” – Kembar Kedua Ibu Bapa Al Fateh Meninggal Dunia

LocalFamily & Parenting
24 Jan 2026 • 11:30 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Salah seorang daripada bayi kembar tiga iaitu Maryam Al Khawla disahkan meninggal dunia pada jam 7.20 pagi di Hospital Melaka selepas bertarung nyawa selama 90 hari.

Berita dukacita ini disampaikan sendiri oleh bapanya, Mejar Ir Ts Mohd Fikry Amri menerusi hantaran di Facebook.

“Allah SWT lebih sayangkan dia”

image is not available

Anak kecil ini merupakan adik kepada Al Fateh yang meninggal dunia dalam satu tragedi di taska tahun lalu.

Pasangan ini dikurniakan bayi kembar tiga selepas pasangan itu melakukan rawatan kesuburan in-vitro (IVF) tajaan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) yang diasaskan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

“Al Khawla dan abang Al Fateh tunggu mummy & daddy kat syurga ye”

image is not available

Dalam video yang dimuat naik, ibu bapa bayi ini meluahkan isi hati yang cukup meruntun jiwa. Katanya, bayi pergi dengan senyuman dan kini sudah tidak sakit lagi.

Alhamdulillah anak mummy pergi dengan senyuman. Khawla dah tak rasa sakit lagi. Buat pertama kali mummy dapat sentuh Khawla tanpa glove. Buat pertama kali mummy dapat hug Khawla… Khawla pergi jam 7.20. Al Khawla dan abang Al Fateh tunggu mummy & daddy kat syurga ye. Terima kasih Allah pinjamkan Maryam Al Khawla 3 bulan pada mummy daddy.

Maryam Al Khawla dilahirkan secara pramatang pada 24 Oktober 2025 dan telah menjalani rawatan rapi di hospital sejak dilahirkan. Semalam, beliau dilaporkan kritikal dan ibu bapanya merayu doa daripada orang ramai.

Pssttt! Semoga mereka sekeluarga diberi ketabahan dan kekuatan untuk terus melangkah. Al-Fatihah buat Maryam dan abangnya, Al Fateh.

Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “Al Khawla Dan Abang Tunggu Kat Syurga Ya” – Kembar Kedua Ibu Bapa Al Fateh Meninggal Dunia appeared first on Oh! Media.