“Allah SWT lebih menyayanginya”- Maryam Al Khawla, Bayi Kedua Daripada Kembar Tiga Meninggal Dunia Lepas 90 Hari Bertarung Nyawa

LocalFamily & Parenting
24 Jan 2026 • 10:58 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Pasangan suami isteri, Mejar Ir.Ts Mohd Fikry Amri dan isterinya, Puan Sabrina Hakiem Zaini, yang menimang cahaya mata kembar tiga pada tahun lalu selepas kehilangan bayi sulung mereka pada 2024 akibat kecuaian pengasuh, sekali lagi diuji apabila bayi kedua daripada kembar tiga mereka meninggal dunia pagi tadi.

Bayi berkenaan, Maryam Al Khawla, dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Melaka pada usia genap tiga bulan, lapor Sinar Harian.

Difahamkan, Maryam merupakan bayi pramatang dan telah bertarung nyawa selama 90 hari sejak dilahirkan.

Namun, Allah SWT lebih menyayangi si comel ini.

image is not available

Sebelum ini, bapa kepada bayi kembar tiga itu memaklumkan Maryam berada dalam keadaan lemah susulan bacaan kuning yang meningkat hampir dua kali ganda berbanding hari sebelumnya, pada Khamis lalu.

Sementara itu, menerusi perkongsian ibunya, Puan Sabrina Hakiem Zaini, bayi tersebut dilaporkan menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan tenang dan tidak lagi menanggung kesakitan.

Sama-sama kita doakan yang baik-baik untuk pasangan ini dan bayi-bayi mereka. 

Sumber: Sinar Harian

Sumber: Facebook Mohd Fikry Amri

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.