“Alaa Kenapa Tak Cakap” – Curi Perhatian Netizen Malaysia, Lee Minki Kongsi Video Daki Gunung Kinabalu, Sabah

1 Apr 2024 • 10:02 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Sukanya bila tengok orang luar datang untuk menikmati pemandangan di negara kita!

Baru-baru ini, Lee Min-ki telah berkongsi satu video di Instagram, berkongsi kepada peminat pengalamannya mendaki Gunung Kinabalu, Sabah.

Tidak lama kemudian, hantaran tersebut terus mencuri perhatian netizen Malaysia, yang rata-rata menyambut kedatangan pelakon popular itu di sini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 이 민기 Lee minki (@m.m.minki)

Setakat ini, video tersebut telah meraih lebih 117 ribu sukaan, dengan hampir 3,000 komen dari netizen. Antaranya,

Wahh selamat datang ke Malaysia!

Untungnya siapa yang dapat jumpa Lee Min-ki di Sabah.

Tahniah kerana dapat daki hingga ke puncak!

Alaa kenapa tak cakap, kalau tau mesti terus fly pergi sana.

Auto rasa nak pergi Sabah jugak!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.