Alahai comelnya! Gelagat atuk selfie dengan cucu guna telefon ‘legend’ cuit hati ramai

29 May 2024 • 10:08 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Gelagat atuk

Gelagat atuk yang berswa foto bersama cucunya dengan hanya menggunakan telefon bimbit ‘old school’ telah cuit hati ramai di media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman X, kelihatan seorang warga emas sekitar usia lebih separuh abad meluangkan masa bersama cucunya yang baru lahir.

Gelagat atuk

image is not available

Dalam video itu, warga emas tersebut menggunakan kamera belakang telefon bimbitnya untuk menangkap gambar dengan beberapa kali percubaan.

“Comel je tangkap gambar dengan cucu macamtu. Nampak simple tapi rasa sebak pulak. Semoga dimurahkan rezeki selalu pakcik,” ujar pengguna tersebut.

Sehingga kini, video tersebut raih lebih 44,000 tontonan dan mendapat lebih 1,800 tanda suka sejak dimuat naik di aplikasi itu semalam.

Gelagat atuk

image is not available

Comel betul gelagat atuk ni!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh dengan usaha warga emas tersebut yang gigih berswa foto bersama cucunya walaupun gambar tidak secantik yang diinginkan.

image is not available

Sumber: X @ricxxxkiddo

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved